Muktamar jadi medan perbahasan ‘post mortem’ PRU, PRN 

Ketua perbarisan kehormat 33 anggota pasukan Jabatan Amal memberi tabik hormat kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pekarangan IDCC, Shah Alam, Selangor pada hari ini. 20 Okt 2023.
- Advertisement -

SHAH ALAM: Selepas tertangguh bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos lepas, muktamar PAS kali ke-69 akhirnya diadakan pada hari ini (20 Okt) dengan kehadiran pemimpin, ahli, penyokong dan pemerhati dari seluruh negara.

Kelihatan penyokong dan pemerhati yang datang dari seluruh negara sudah memenuhi pekarangan dan lobi di tingkat 7 IDCC, di sini, sejak jam 7.30 pagi.

- Advertisement -

Sementara, di pekarangan IDCC pula berlangsung perbarisan kehormat 33 anggota pasukan Jabatan Amal. Mereka memberi tabik hormat kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 

Perbarisan tersebut diadakan di atas jalan di hadapan pintu masuk ke lif utama bangunan IDCC.

Pengerusi Panitia Muktamar PAS kali ke-69, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, muktamar pada kali ini agak istimewa kerana ia merupakan yang pertama pasca PRU15 dan PRN15 yang membabitkan enam negeri.

Perbarisan kehormat 33 anggota pasukan Jabatan Amal sempena Muktamar PAS ke-69 di IDCC, Shah Alam, Selangor .

Selain itu katanya, ia juga pasca empat Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Pulai, Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan DUN Pelangai.

“Amat bersyukur sekali dengan gabungan mantap dalam PERIKATAN NASIONAL (PN) mencapai kejayaan memberangsangkan dengan natijah 74 kerusi parlimen dan 208 kerusi Dun.

“Kejayaan di peringkat parlimen iaitu 33.3 peratus dan Dun 46.8 peratus. Lebih manis lagi, PAS muncul sebagai parti tunggal terbesar yang mendapat 43 kerusi parlimen,” katanya pada catatan di buku muktamar,” ujarnya.

Penyokong dan pemerhati yang datang dari seluruh negara sudah memenuhi pekarangan dan lobi di tingkat 7 IDCC sejam jam 7.30 pagi sempena Muktamar PAS ke-69.

Beliau juga berkata, muktamar kali ini menjadi medan perbahasan yang berupa ‘post mortem’ dan sekali gus menonjolkan input yang bernas dan tuntas bagi merencanakan proses mengisi kemenangan.

“Proses itu sama ada sebagai pembangkang yang efektif dan konstruktif di parlimen dan beberapa DUN,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/10/2023

- Advertisement -