‘Itulah kekuatan sebenar kami sebagai calon’

Datu' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berucap kepada para petugas UDM Pulau Kerengga.
- Advertisement -

MARANG: Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyantuni jentera dan petugas beberapa markas Unit Daerah Mengundi (UDM) dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Ru Rendang, malam tadi.

- Advertisement -

Beliau yang mempertahankan kerusi Dun Ru Rendang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu kali ini melancarkan markas UDM Kelulut, UDM Rhu Muda, UDM Pulau Kerengga dan UDM Bukit Gasing.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi PERIKATAN NASIONAL negeri mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan para petugas yang bekerja tanpa mengharapkan balasan dan upah.

“Terima kasih atas pengorbanan kalian, bekerja dengan penat dan lelah, tanpa mengharapkan balasan dan upah melainkan ikhlas dan berharap agar Allah SWT menangkan parti kita.

“Itulah kekuatan sebenar kami sebagai calon, kerana adanya kalian sebagai tulang belakang yang sentiasa menyokong dan mendukung kami,” katanya.

Pada PRN kali ini, beliau berdepan dengan calon PH, Suhaimi Sulaiman di Dun Ru Rendang yang mempunyai 32,867 pengundi.

Pada PRU14 lalu, Dr Samsuri menang dengan majoriti 6,028 undi apabila memperolehi 13,851 undi menewaskan calon BN, Dato’ Nik Dir Nik Wan Ku yang mendapat 7,823 undi dan calon PKR, Zarawi Sulong (729 undi). – HARAKAHDAILY 30/7/2023

- Advertisement -