Rakyat sudah tidak sabar untuk sokong PN – Amzad

Datuk Ahmad Amzad Hashim
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, para pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu sudah tidak sabar lagi untuk memberikan sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) pada kali ini.

- Advertisement -

”Saya rasa majoriti rakyat Kuala Terengganu sudah tidak sabar lagi untuk memberikan jawapan yang terang benderang mengenai sokongan (kepada PN) sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yakin mampu mencapai kemenangan dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos ini berbanding 40,907 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15 lalu selepas memperoleh 63,016 undi manakala calon BN, Datuk Mohd Zuber Embong (22,109 undi), Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PH – 10,946) dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar (Pejuang – 481).

Pada PRU14, beliau memenangi kerusi parlimen itu dengan majoriti 14,773 undi apabila mendapat 42,988 undi manakala calon BN, Wan Nawawi Wan Ismail dan PKR, Raja Bahrin masing-masing memungut 28,215 dan 15,380 undi.

Pada PRK kali ini yang diadakan serentak dengan PRN, Amzad dicabar oleh calon PH, Azan Ismail.

Mantan Timbalan Menteri Sains, Tenaga dan Inovasi itu menambah momentum gelombang rakyat tidak mampu dihalang dengan apa cara sekalipun.

”Dengan menatijahkan majoriti yang cukup besar dan kita menjangkakan kemenangan yang lebih besar lagi kali ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 30/7/2023

- Advertisement -