Semakin kecil Umno di mata PH Selangor

- Advertisement -

SETIAUSAHA (SU) PH Selangor sebagaimana dipetik HMetro menafikan ada kerusi PH akan dikorbankan di Selangor buat rakan baru mereka yakni Umno.

Sebelum itu FMT melaporkan konon PH termasuk DAP akan korbankan kerusi selamat mereka seperti Sg Pelek dan Kota Kemuning untuk ditandingi Umno.

Jika benar pula penafian ADUN Paya Jaras yang juga SU PKR Selangor ini, makin tersepitlah Umno dan gelaplah masa depan mereka di Selangor.

Saya secara peribadi memang tidak yakin PKR mahu pun DAP akan korbankan mana-mana kerusi-kerusi disandang mereka untuk mudah-mudah ditandingi Umno. 

PH Selangor tidak perlu pada Umno pun untuk memerintah. Mereka memerintah selesa apa perlu pada Umno yang terpalit pelbagai skandal itu.

Pasti laporan FMT dan khabar angin yang bertiup adalah hasil mainan saraf Umno.

Sejak merobohkan Muafakat Nasional dan memilih ‘bersyarikat’ dengan PH yang di dalamnya ada DAP, hidup Umno makin kacau khasnya di Selangor.

PRU Parlimen 15 baru-baru ini buktikan pengundi Melayu termasuklah di Selangor dambakan penyatuan dan kesatuan kuasa politik umat Melayu Islam. 

Mereka tak sanggup lihat umat Melayu berpecah. Mereka mahukan politik Penyatuan Ummah kerana itu hampir 56 peratus pengundi Melayu memberi undi pada calon-calon PAS dan BERSATU yang bernaung bawah PN.

Calon PN Kuala Langat umpamanya menang dengan sokongan padu lebih 72 peratus undi Melayu.

Umno tersilap langkah angkara dibawa mengejar agenda peribadi Presidennya yang diselaputi masalah peribadi. Kesilapan ini bakal dibayar dengan harga yang mahal dalam PRN ke-15 nanti.

PH pun tak perlu Umno di Selangor, rupanya hidung tak mancung maka tersorong-soronglah pipi ke sana ke mari.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Perhubungan
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 10/4/2023

- Advertisement -
- Advertisement -