Thai Hot Guy promosi LGBT, ancam perpaduan

Perikatan Nasional Melaka mengambil inisiatif membuat laporan polis terhadap pemganjuran Festival Hot Thai Guy atas rasa tanggungjawab membela martabat umat Islam, bangsa dan negara.
- Advertisement -

AYER KEROH: Festival Thai Hot Guy bukan sahaja tidak bermoral serta mempromosikan perlakuan songsang golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), malah turut mengancam perpaduan dan keharmonian negara.

Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, ia sekali gus boleh menyebabkan perpecahan kaum atas alasan agama dan tidak sensitif kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. 

- Advertisement -

“Saya mengecam sekeras-kerasnya penganjuran festival ‘Thai Hot Guy’ sempena majlis pembukaan rasmi Privacy Club Tun Razak dijadualkan diadakan pada 30 Mac ini, yang kebetulan dalam bulan Ramadan.

“Penganjuran​ Festival tersebut telah diuar-uarkan di sosial media dan dilaporkan di media massa. Festival atau kegiatan seumpama ini tidak sewajarnya dianjurkan.

“Bukan hanya dalam  bulan Ramadan, malah tidak sepatutnya dianjurkan bila-bila masa, atau di mana pun kerana bertentangan dengan prinsip Rukun Negara yang menjamin kesopanan dan kesusilaan,” tegasnya.

Beliau yang juga merupakan ADUN Bemban membuat kenyataan ini di laman Facebooknya seusai membuat laporan polis berkaitan perkara ini di Balai Polis Melaka Tengah sekitar jam 2 petang hari ini.

Tambah Dr Yadzil, program itu  juga bercanggah dengan prinsip Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kerajaan perlu mengambil langkah yang tegas untuk mengelakkan penganjuran program yang sedemikian yang terang bercanggah dengan agama dan budaya yang diamalkan di Malaysia. 

“Pihak polis mesti menyiasat dan mendakwa penganjur program tersebut demi menjamin keamanan dan keselamatan negara.

“Saya mengambil inisiatif membuat laporan polis ini bukan atas kapasiti politik tetapi tanggungjawab membela martabat umat Islam, bangsa dan negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -