Perkenalkan khidmat bas percuma di Jerantut

Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan agar memperkenalkan perkhidmatan bas secara percuma di Jerantut, Pahang bagi menjana sektor pelancongan.

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berkata demikian sambil menambah bahawa terdapat ramai pelancong yang datang dari dalam dan luar negara, namun tiada kemudahan bas untuk menuju ke kawasan pelancongan jarak jauh.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketu Penerangan PAS memohon kerajaan menjelaskan tentang butiran perkhidmatan Transit Aliran Massa Dua (MRT2) yang dilancarkan pada 16 Mac, baru-baru ini.

“Apakah sebenarnya kos asal MRT2 selepas berlakunya perundingan dengan pihak ‘main contractor’ (kontraktor utama).

“Kedua, apakah kerajaan akan mendedahkan hasil daripada kajian semula projek MRT2 yang dilaksanakan pada tahun 2018 bagi membolehkan rakyat mengetahui cadangan penjimatan?

“Ketiga, apakah kerajaan telah mengikuti cadangan yang diberikan oleh syarikat perunding dalam menyiapkan MRT2?,” soal beliau.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau juga ingin kerajaan menyatakan jumlah kos penjimatan sebenar projek kerana yang dimaklumkan MOF pada Oktober 2018 adalah RM8.8 bilion.

“Dan akhirnya berapakah kos yang terlibat akibat penukaran spesifikasi projek kerana semakan semula projek ini dilakukan apabila projek sudah pun siap 40 peratus,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -