Kenapa Malaysia belum mampu kuasai industri angkasa?

Wan Ahmad Fayhsal
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum berkemampuan untuk memonopoli industri angkasa walaupun Malaysia berada di kedudukan strategik peta dunia.

Persoalan itu ditimbulkan dalam sidang Parlimen Dewan Rakyat, di sini, hari ini, dan sehubungan itu kerajaan ditanya apakah perancangan yang akan dilakukan bagi merealisasikan perkara tersebut

- Advertisement -

Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, pada ketika ini, industri angkasa bukan lagi dimonopoli oleh sektor kerajaan dan Malaysia berada di tengah-tengah garis khatulistiwa iaitu kedudukan yang ideal untuk melancar dan memperkukuhkan potensi industri angkasa.

“Jadi apakah perancangan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk membangunkan sektor angkasa ini?” soal beliau dalam sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau juga tidak ketinggalan  menekankan perkara berkaitan industri nadir bumi yang semakin meruncing di negara ini.

“Malaysia berpotensi membangunkan industri nadir bumi  kerana ia didominasi oleh negara China selaku pembekal dan pemproses.

“Bila mana Lynas (kilang pengeluar nasir bumi) masuk (melabur) ke dalam negara, ini satu potensi yang besar untuk kita kembangkan indsutri ini kerana kita mempunyai deposit nadir bumi,” hujah beliau.

Namun, ujarnya lagi, aapabila kerajaan (MOSTI) memperkenalkan empat syarat baharu untuk memperbahurui lesen, maka perkara ini menyukarkan pihak pelabur.

“Langkah kerajaan itu  sekali gus telah membantutkan pembangunan industri nadir bumi, jadi perkara ini perlu diputuskan dengan baik,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/3/2023

- Advertisement -