Pelakon Hollywood raih ‘durian runtuh’ wang tunai RM315 juta

Ryan Reynolds meraih 'durian runtuh' selepas T-Mobile mengambil keputusan membeli kepentingan dalam Mint Mobile. (FOTO: CyberNews)

NEW YORK: Pelakon terkenal Hollywood, Ryan Reynolds mendapat duit runtuh apabila memperoleh AS$70 juta (RM315 juta) dalam bentuk tunai dan lebih AS$200 juta (RM901 jita) nilai saham T-Mobile selepas cukai, selepas syarikat syarikat komunikasi mudah alih syarikat telekomunikasi Jerman Deutsche Telekom AG itu mengumumkan akan membeli syarikat pembekal wayarles bajet, Mint Mobile.

T-Mobile pada Rabu (14 Mac), waktu tempatan, berkata, ia membuat keputusan untuk membeli Mint Mobile pada harga AS$1.35 billion (RM6.08 bilion); yang mana Reynolds memiliki sebanyak 25 peratus saham dalam Mint Mobile, lapor CNN.

Pemilikan syarikat induk Mint Mobile, Ka’ena Corporation turut merangkumi perkhidmatan panggilan antarabangsa, Ultra Mobile dan pemborong wayarles, Plum.

Advertisement

Menurut kenyataan akhbar yang mengumumkan perjanjian itu, Reynolds, 46, yang membeli pegangan pemilikan saham minoriti dalam Mint Mobile pada tahun 2019, akan kekal dalam ‘peranan kreatifnya bagi pihak Mint Mobile’, yang mana dia berkhidmat sebagai jurucakap.

“Saya tidak pernah bermimpi saya akan memiliki syarikat wayarles dan saya pastinya tidak pernah bermimpi saya akan menjualnya kepada T-Mobile,” tweet Reynolds di Twitternya pada Rabu. 

“Hidup ini pelik dan saya sangat bangga dan bersyukur,” tambahnya.

Ketika membeli embeli kepentingan salam sebanyak 25 peratus dalam Mint Mobile dua tahun lalu, Reynolds menyebut keputusan itu sebagai ‘agak tidak konvensional’  dalam satu kenyataan media pada masa itu. 

“Selebriti seperti saya biasanya melabur dalam produk mewah seperti jenama penjagaan kulit atau fesyen,” katanya.

Pelakon kelahiran Kanada yang terkenal dengan siri filem Deadpool itu menurut senarai Celebrity Net Worth, sebelum ini telah mengumpul aset kekayaan mencecah AS$150 juta (RM676 juta) hasil karier lakonannya; dan kini beliau meraih bayaran sebanyak AS$20 juta (RM90 juta) untuk setiap filem lakonannya.

Menurut laman webnya, Mint Mobile telah ditubuhkan pada 2016 dengan matlamat untuk menyampaikan perkhidmatan ‘berpatutan, wayarles premium’  terus kepada pengguna.

Dalam kenyataannya pada 2019, Reynolds berkata dia ‘teruja untuk memperjuangkan pendekatan Mint Mobile yang lebih praktikal kepada teknologi yang paling penting buat orang ramai’.

Dalam pada itu, T-Mobile berharap untuk meningkatkan perkhidmatan prabayarnya sendiri dengan pemerolehan Mint Mobile. 

Ketua Pegawai Eksekutif  T-Mobile, Mike Sievert memberi jaminan kepada pelanggan bahawa pelan harga AS$15 (RM68) sebulan Mint Mobile akan kekal menerusi paparan dalam video YouTube pada Rabu (15 Mac) yang menampilkan Reynolds. 

“Dua pengasas jenama itu juga akan terus mengurus perkara yang ‘secara amnya akan beroperasi sebagai unit perniagaan yang berasingan’,” ujar Sievert.

“Dalam jangka panjang, kami juga akan mendapat manfaat daripada menggunakan formula pemasaran Mint Mobile telah menjadi terkenal di lebih banyak bahagian T-Mobile,” katanya yang menambah perjanjian itu dijangka ditutup lewat tahun ini, dengan harga akhir bergantung pada prestasi Ka’ena. – HARAKAHDAILY 16/3/2023