Pengguna mangsa sebenar kenaikan tarif industri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) berpandangan bahawa tarif yang dikenakan terhadap pihak industri menyebabkan pengguna yang akhirnya menerima kesan buruk.

Katanya, tindakan kerajaan menaikkan tarif kepada pihak industri menyebabkan kenaikan kos itu dipindahkan kepada pengguna.

- Advertisement -

“Adakah kerajaan bercadang menarik balik tarif yang dikenakan kepada pihak industri untuk menurunkan kos barang,” katanya semasa mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh, berkata penurunan tarif tetap tidak akan dapat menurunkan harga barang.

“Jadi sekarang ini, apa perlu kita buat untuk membantu rakyat ialah meningkatkan kuasa berbelanja, sebab itu lah Jualan Rahmah dan Menu Rahmah amat membantu kerana menurunkan kadar peningkatan harga makanan bermasak di luar rumah.

“Kita lihat ada pengurangan peningkatan dari segi kadar inflasi itu,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -