Waspada dengan kemunculan tentera ahzab

Sabri Azit mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia, khususnya penduduk di Parlimen Jerai.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Umat Islam seluruh dunia perlu sentiasa berwaspada dengan serangan serta taktik tentera ahzab yang mahu memusnahkan umat Islam pada ketika ini.

Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit berkata demikian sempena kemunculan bulan Syawal, khususnya 1 Syawal, sambil mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia khususnya kepada penduduk di Parlimen Jerai.

- Advertisement -

“Hari raya ini mengingatkan kembali kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW. Hayatilah bait-bait takbir raya terutama laungan ‘wahazamal ahzab wabah dah’,” katanya kepada HarakahDaily.

Dalam pada itu, beliau juga tidak ketinggalan menyentuh tentang isu ekonomi yang negara yang meruncing pada ketika ini.

Menurutnya, kerajaan persekutuan khususnya Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) digesa agar mencari penyelesaian tuntas mengenai polemik berkenaan.

“Kenyataan salah seorang pemimpin PH-BN berkenaan yang mencadangkan rakyat makan ubi kayu sebagai alternatif susulan masalah bekalan beras tempatan, amatlah dikesali.

“Rakyat peringkat bawahan masing-masing mengeluh terutama B40 dengan masalah ekonomi sekarang ini,” tegasnya.

Cadangan makan ubi kayu menggantikan beras, ujar beliau, adalah penyelesaian seperti pepatah ‘melepaskan batuk di tangga’.

“Kerajaan persekutuan diharap agar lebih serius menangani kemelut masalah ekonomi khususnya membantu golongan B40,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/4/2024

- Advertisement -