Tips pemakanan sihat sepanjang Aidilfitri

- Advertisement -

AIDILFITRI diraikan dengan penuh kesyukuran. Namun, sering kali musim perayaan ini diiringi dengan hidangan yang berlemak dan bergula tinggi yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan. Oleh itu, berikut Skuad Sihat kongsikan beberapa tips untuk menjaga pemakanan yang sihat semasa Aidilfitri.

- Advertisement -

𝟏. 𝐌𝐚𝐬𝐚𝐤 𝐇𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢
Makanan komersial sering mengandungi gula halus, tepung, dan lemak yang tinggi. Oleh itu, lebih baik masak sendiri hidangan perayaan terutamanya kek, biskut, dan kuih-muih untuk mengawal jumlah gula dan lemak dalam resipi anda.

𝟐. 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭
Elakkan daripada menggoreng dan menggunakan banyak minyak. Gantikan dengan kaedah memasak yang sihat seperti membakar, memanggang, atau mengukus. Juga elakkan menambah gula dan garam berlebihan.

𝟑. 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢-𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐢𝐳 𝐇𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Perhatikan saiz hidangan dan elakkan makan berlebihan. Gunakan pinggan kecil atau baby plate untuk mengawal saiz hidangan anda.

𝟒. 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧
Kunyahlah makanan secara perlahan untuk memberi peluang kepada otak untuk mengenal pasti apabila anda sudah kenyang.

𝟓. 𝐇𝐢𝐝𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚
Minumlah banyak air untuk kehidratan yang baik dan membantu mengeluarkan toksin dari badan anda. Pengambilan air yang mencukupi juga adalah penting kerana makanan perayaan sering mengandungi garam yang tinggi.

𝐉𝐚𝐮𝐡𝐢 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭
Elakkan melangkau makan dan makan lewat malam kerana ia boleh menyebabkan penambahan berat badan yang tidak diingini. Juga, hindari minuman manis dan bergas, serta pilihlah alternatif yang sihat seperti jus segar, air kelapa, atau teh hijau.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
”Dua nikmat Allah SWT yang sering dilupakan oleh umat manusia, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Selamat Hari Raya dari Skuad Sihat.
Raikan dengan penuh kesyukuran.

Disediakan oleh,
𝐃𝐫 𝐍𝐮𝐫𝐅𝐚 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝
Exco Kesihatan Wanita dan Remaja
Lajnah Kesihatan, Dewan Muslimat PAS Malaysia – DMPM – HARAKAHDAILY 12/4/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -