Andalusia lakar satu lagi sejarah kejayaan

Ida Riswana (dua dari kiri) dan Che Zakiah (dua dari kanan) dalam MoU antara Andalusia dan Saudi Airlines di Kuala Lumpur pada 18 April 2024.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) melakar satu lagi sejarah kejayaan apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Saudi Airlines bagi pembelian 70,000 tiket penerbangan SV dengan nilai kontrak hampir 230 juta bagi tahun 2024/2025.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris berkata, perjanjian ini merupakan satu bentuk kerjasama yang akan diberikan para jemaah umrah bagi musim 1446 Hijrah 2024/2025 bermula 11 Julai sehingga Mei tahun hadapan.

- Advertisement -

“Andalusia telah menjual lebih 11,300 pakej umrah bagi tahun 1446 Hijrah melalui suntikan semangat MoU ini dan pastinya akan menggerakkan seluruh jentera Andalusia bagi membuka peluang kepada seluruh umat Islam mengerjakan umrah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Andalusia dan Saudi Airlines semalam, 18 April 2024.

Menurutnya, MoU ini juga menyaksikan satu komitmen bersama Saudi Airlines di bawah pakej-pakej andalusia.

“Ia bukan pakej umrah sahaja, tetapi lebih kepada umrah ziarah pada kali ini. Selain itu, MoU ini bakal memeterai lagi insentif-insentif yang memberikan satu kelebihan hubungan dua hala dan juga komitmen Saudi Airlines untuk menyediakan penerbangan secukupnya.

Turut hadir ialah Pengurus Kanan Saudi Airlines Malaysia, Che Zakiah Ahmad.

Tambah Ida Riswana, pihaknya komited untuk menambah baik mutu perkhidmatan syarikat mereka.

“Objektif Andalusia pada kali ini, tidak lain dan tidak bukan adalah menyantuni seramai mungkin para dhuyufurrahman (tetamu Allah) mengerjakan ibadah umrah dan haji,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/4/2024

- Advertisement -