Laksana inisiatif wujud model pembangunan Islam di Terengganu

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dalam mewujudkan model pembangunan Islam di Terengganu.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ia bagi mencetuskan iltizam untuk menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempelopori semua segmen terutama dakwah Islamiyah.

“Saya optimis dalam menjanjikan inisiatif-inisiatif yang dirancang akan menjadi lebih efektif dan lancar dengan kerjasama yang optimistik antara agensi-agensi pelaksana dan masyarakat setempat.

“Ini bagi memastikan Terengganu terus membangun secara lebih mampan, barakah dan inklusif ke arah menyebar luas kefahaman Islam dalam masyarakat Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian  Daurah Pengajian Kitab bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

Daurah yang berlangsung selama dua hari itu diadakan untuk para Daie, Asatizah, pemimpin-pemimpin masyarakat untuk memahami Fiqh Puasa secara lebih mendalam, permasalahan-permasalahan semasa dan belajar Ilmu dengan guru yang selayaknya.

Dalam majlis yang sama, sebuah kitab terbaharu terbitan Akademi DUAT yang bertajuk ‘Ulama Rabbani Asas Pembentukan Masyarakat Madani, hasil karya tulisan Murabbi Ummah Allahyarham Dato Harun Taib turut dilancarkan. – TRDI.my

- Advertisement -