Kelantan beri subsidi bil air semua rumah ibadat

- Advertisement -

KOTA BHARU: kerajaan Kelantan memberi subsidi kepada semua rumah ibadat di negeri itu biarpun tarif air baharu diwartakan Kerajaan Persekutuan bermula pada 28 Julai 2022 dan berkuatkuasa 1 Ogos 2022.

- Advertisement -

Pengurus Besar AKSB, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, pada mesyuarat Exco 7 September 2022 kerajaan Kelantan bersetuju untuk menanggung segala kos tarif baharu tersebut.

Menurutnya , angkah itu bagi membolehkan rumah ibadat dapat kekal menikmati bekalan air terawat secara percuma dengan cara memberi subsidi kepada pengguna tarif E yang merupakan pengguna bagi rumah ibadat. 

“Subsidi yang diberi kerajaan negeri dikira dari tarikh bermulanya tarif baharu iaitu 1 Ogos 2022 melibatkan 2,507 akaun rumah ibadat.

“Jumlah anggaran subsidi tersebut sebanyak RM369,562 setahun ditanggung kerajaan negeri,” katanya pada kenyataan, di sini, hari ini. 

Dr Nazmi Ghazali Azmi

Terdahulu, tarif baharu telah ditetapkan kerajaan pusat bagi pengguna rumah ibadat dan institusi kebajikan berkuatkuasa 1 Ogos 2022 dikenakan kadar rata RM0.70 per meter padu dan tiada lagi kategori 0 hingga 35 meter padu secara percuma. 

Sementara, tarif E yang berkuatkuasa sebelum 1 Ogos 2022 bagi masjid/surau/Sekolah Agama Rakyat, rumah ibadat seperti masjid, gereja, tokong dan kuil bagi  0 hingga 35 meter padu adalah percuma; dan bagi kadar lebih 35 meter padu dikenakan 0.70 caj minima – 0.00 kadar rata – RM0.70 caj minima RM7. 

Bagaimanapun kata Dr Nazmi biarpun ditetapkan pada kadar caj minima RM7, namun kerajaan Kelantan tetap memberi subsidi kepada semua rumah ibadat.

Menurutnya, AKSB sebagai operator bekalan air sentiasa tertakluk untuk mengenakan tarif berdasarkan kepada tarif yang diwartakan Kerajaan Persekutuan. 

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kerajaan Kelantan yang sentiasa prihatin kepada keperluan dan kebajikan rakyat khususnya berkaitan dengan kehidupan beragama,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/2/2023

- Advertisement -