Tindakan Anwar sangat lembut: Tak tunjukkan pemimpin Islam tegas

Mohammad Tawfik.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sikap tegas perlu ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap ekstremis anti-Islam Denmark, Rasmus Paludan yang terlibat dalam pembakaran al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Sweden baru-baru ini.

- Advertisement -

Penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub mengulas kenyataan bahawa Anwar yang sebelum ini mengumumkan bahawa Malaysia akan mencetak dan mengedarkan sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia sebagai tindak balas terhadap tindakan terhadap jahat Paludan itu. 

Menurut beliau, sebagai pemimpin sebuah negara Islam seperti Malaysia, Anwar seharusnya mengambil tindakan yang lebih tegas.

Tambahnya, apa yang dinyatakan Anwar itu merupakan suatu tindakan yang sangat lembut dan tidak memperlihatkan ketegasan beliau sebagai seorang pemimpin Islam di sebuah negara Islam.

“Isu ini melibatkan umat Islam secara keseluruhannya dan sebagai seorang Perdana Menteri yang menjadi ketua kepada sesebuah negara, beliau perlu ke hadapan bagi memastikan Islam ini tidak lagi dihina dan bukannya lagi sewenang-wenangnya dicerca oleh sesiapa sekalipun. 

“Perdana Menteri perlu menghantar nota bantahan kepada kerajaan Sweden. Seterusnya, beliau juga perlu bertindak memanggil kedutaan Sweden dan menyatakan ketegasan, kekecewaan umat Islam di seluruh dunia mengenai terhadap apa yang telah dilakukan oleh Rasmus Paludan itu,” tegasnya kepada HarakahDaily

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa begitu pentingnya bagaimana kita menunjukkan dan memperlihatkan ketegasan dan kekecewaan kita itu dengan mengamalkan sikap terbuka.

Puji tindakan PAS

Mohammad Tawfik turut memuji tindakan yang dilakukan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersama-sama dengan rakan-rakan lain iaitu yang telah menganjurkan satu perhimpunan menyatakan kekecewaan dan kemarahan mereka terhadap Paludan yang telah membakar al-Quran.

Katanya lagi, hal ini kerana ia telah menggambarkan bahawa kita cakna, kita mengambil perhatian tentang isu yang sangat sensitif apatah lagi melibatkan kesucian Islam itu sendiri. 

Oleh itu, dalam keadaan ini, sepatutnya Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan kini telah menjadi Perdana Menteri Malaysia kesepuluh seharusnya turut bersama-sama dengan parti-parti politik yang lain menganjurkan satu perhimpunan secara aman. 

Tambah beliau lagi, perhimpunan secara aman ini dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan; dan Tujuan perhimpunan yang telah dilakukan itu adalah untuk menyatakan kemarahan dan kekecewaan umat Islam secara terbuka kerana isu ini merupakan isu rentas parti politik. 

“Kita lihat di sini hanya PAS bersama rakan-rakan daripada parti komponen yang lain yang sangat aktif menyatakan kemarahan dan menganjurkan perhimpuan. 

“Sepatutnya kita bersama-sama memperjuangkan isu ini. Saya tak nampak ketegasan yang diketengahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berhadapan dengan isu yang melibatkan pembakaran al-Quran itu sendiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/2/2023

- Advertisement -