Peruntukan RM112,600 program kecemerlangan sekolah YIK

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM361,000 kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk tujuan pengurusan sekolah-sekolah di bawah seliaannya.

- Advertisement -

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat Azhar Salleh berkata, sebanyak RM112,600 lagi untuk program kecemerlangan sekolah.

Menurutnya, sumbangan dan peruntukan berkenaan amat penting bagi memastikan sekolah seliaan YIK dapat diurus dengan baik.

“Kerajaan negeri memperuntukkan jumlah yang besar pada YIK setiap tahun untuk memberi kefahaman tentang ilmu agama kerana pelajar merupakan bakal pelapis pemimpin masa hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian hadiah tilawah al-Quran, sumbangan wang pengurusan dan kecemerlangan sekolah YIK yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong turut memberitahu bahawa  YIK sedang berusaha melahirkan generasi mahir al-Quran.

“Dengan penganjuran tilawah ia akan dapat meningkatkan minat, keinginan masyarakat mendekati al-Quran sehingga mampu mempraktikkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran.

“Kerajaan negeri berusaha mendidik masyarakat dengan pendidikan rabbani melalui sekolah YIK,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/12/2022

- Advertisement -