Letupan serangan berani mati di balai polis Bandung: Dua maut

Pasukan polis berkawal di lokasi kejadian letupan berani mati di Bandung, Indonesia pada 14 Dis 2022. (FOTO: AP)
- Advertisement -

BANDUNG: Dua orang terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila seorang suspek militan yang membawa pisau meletupkan dirinya sejurus selepas memasuki balai polis di bandar Bandung.

- Advertisement -

Pihak berkuasa Indonesia berkata, serangan pada Rabbu (7 Dis)  itu dilaporkan dilakukan oleh pengebom berani mati, tanpa sebarang petunjuk mengenai kemungkinan motif.

Ketua Biro Penerangan Awam bagi Polis Negara Indonesia, Ahmad Ramadhan dalam kenyataan media menegaskan bahasa pihak polis Bandung sedang berkoordinasi dengan unit memerangi keganasan dengan siasatan sedang dijalankan.

Sementara jurucakap polis Jawa Barat, Ibrahim Tompo memberitahu Metro TV bahawa serangan itu menyebabkan suspek pelaku dan seorang pegawai polis terkorban, dan mencederakan lapan yang lain, termasuk pegawai polis lain dan seorang awam.

Pegawai polis Bandung Aswin Sipayung dalam pada itu berkata bahawa letupan berlaku sejurus selepas lelaki yang membawa pisau itu masuk ke dalam bangunan polis pada kira-kira 8.20 pagi hari ini (waktu Indonesia).

“Seorang lelaki menceroboh sambil memegang senjata tajam, dia cuba menghubungi polis untuk membuat panggilan.

“Pengebom berani mati itu kemudian meletupkan perantinya, membunuh dirinya dan mencederakan tiga pegawai itu, katanya.

“Tiga pegawai kami cedera dan telah dibawa ke hospital. Kami telah mensterilkan kompleks dan mengepung semua pintu masuk,” ujar  Aswin kepada Kompas TV.

Mengulas lanjut, Ibrahim pula memberitahu Metro TV bahawa  ketua polis Bandung dan pasukan skuad bom telah tiba di tempat kejadian.

Rakaman dari Metro TV menunjukkan kerosakan pada balai polis, dengan beberapa serpihan dari bangunan di atas tanah dan asap naik dari tempat kejadian, sementara penduduk memberitahu media tempatan mereka telah mendengar letupan kuat.

Indonesia, negara majoriti Muslim terbesar di dunia, mempunyai sejarah serangan pengganas domestik.

Dalam usaha untuk membanteras militan, Indonesia mewujudkan undang-undang antikeganasan baharu yang sukar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – HARAKAHDAILY 7/12/2022

- Advertisement -