PN akan main peranan semak, imbang di Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin  menegaskan PN bakal memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia.

- Advertisement -

Dalam ciapan Twitternya pada hari ini, Jumaat (25 Nov), Muhyiddin berkata beliau ingin merakamkan ucapan tahniah buar Anwar yang telah dilantik sebagai Perdana Malaysia yang ke-10 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. 

“Dengan Kerajaan Persekutuan kini diterajui oleh Pakatan Harapan (PH), PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen,” tegas beliau dalam ciapan Twitter tersebut.

“Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 25/11/2022 LAGI

- Advertisement -