Perlis jatuh ke tangan PN

- Advertisement -

KANGAR: Maklumat tidak rasmi PERIKATAN NASIONAL (PN) menguasai Parlimen Padang Besar, Arau dan Kangar, meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di belakang.

- Advertisement -

Bagi kerusi DUN pula, Titi Tinggi dikuasai Bebas, Beseri (BN), Santan (PN), Chuping (PN), Mata Ayer (PN), Bintong (PN), Sena (PN), Indera Kayangan (PH), Kayang (BN) dan Kuala Perlis (PN).

Selain itu, Pauh (PN), Guar Sanji (PN), Simpang Empat (PN), Tambun Tulang (PN) dan Sanglang (PN).

Dengan perkembangan itu, Perlis jatuh ke tangan PN selepas gerhana menimpa BN pada PRU kali ini.

Penyandang Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan penyandang DUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli, sekarang tiba di Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Pauh jam 10.30 malam bersama semua calon PN.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Pasir Puteh Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, berjaya mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan memperolehi majoriti 29,109 undi.

Dr Nik Zawawi yang memperolehi undi 52,937, manakala Dato’ Zawawi Othman (BN – 23,828 undi), Wan Marzudi Wan Omar ((GTA-Pejuang – 349) dan Muhammad Hussain (PH – 3864).

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya, Ahmad Adlee Yasin pada jam 10.40 malam di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh.

Dr Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS berjaya menambah jumlah majoriti bagi meneruskan khidmat kepada rakyat di Pasir Puteh. – HARAKAHDAILY 19/11/2022

- Advertisement -