Ribuan penyokong PAS, PN banjiri Medan Ilmu

- Advertisement -

KOTA BHARU: Hampir 2,000 orang penyokong PERIKATAN NASIONAL (PN) membanjiri pekarangan Pejabat PAS Negeri di Jalan Dato’ Pati malam ini, bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

- Advertisement -

Mereka membanjiri pekarangan Medan Ilmu selepas solat Maghrib dan jumlah yang hadir semakin meningkat selepas Isyak.

Berdasar pada paparan di skrin digital van bergerak sehingga sekarang, calon calon PN mendahului lawan hampir semua kerusi Parlimen di Kelantan.

 Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob tiba di bangunan Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan


Sehingga jam 9.05 malam ini, antara kerusi panas setakat ini didahului oleh calon PN iaitu Pasir Mas – Ahmad Fadhli Shaari (PN) 13,185, Dato’ Ab Ghani Harun (BN) 3,748, Dato’ Husam Musa (PH) 2,399 dan Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (GTA) 133.

Orang ramai yang hadir ke Medan Ilmu akan berpeluang mendengar amanat pimpinan PN Kelantan selepas hampir keseluruhan keputusan diperolehi. – HARAKAHDAILY 19/11/2022

- Advertisement -