Mod pengundi lebih baik berbanding PRU14

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penerimaan pengundi Parlimen Lembah Pantai dilihat lebih baik terhadap Calon PERIKATAN NASIONAL, Fauzi Abu Bakar, berbanding semasa bertanding atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

- Advertisement -

Menurut Fauzi, semasa PRU lalu, kemungkinan para pengundi termakan dengan janji yang ditaburkan Pakatan Harapan (PH) ketika itu, namun helah dan tipu daya itu dapat dilihat rakyat semasa 22 bulan PH mentadbir.

Sementara itu katanya, bagi pengundi dewasa pula, kebanyakan mereka bijak membaca percaturan politik dan tidak lagi ke arah meyokong Barisan Nasional (BN) serta tawar hati dengan parti berkenaan.

“Namun, yang belum dapat kita nilai ialah generasi pengundi baru dan pengundi pertama kali. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada penduduk, generasi muda ini sudah pasti tidak akan menyokong Umno.

Mendekati pengundi muda di sekitar Lembah Pantai.

“Justeru, jika mereka tidak memberikan sokongan kepada Umno, kita harap dapat memujuk mereka untuk memberi sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL.

“Kita juga berharap PH tidak akan menggunakan kaedah memancing duit kepada anak muda, di mana itu salah satu ancaman yang menarik pada anak muda yang tidak terlibat dalam politik, tetapi terpengaruh melalui media sosial, dan tawaran semasa,” katanya.

Antara isu yang menjadi perhatian Fauzi adalah isu membabitkan pembangunan perumahan mampu milik, keselamatan penduduk, kuota bumiputra dan isu kekurangan parkir.

19 November ini, Fauzi akan bertanding empat penjuru menentang Fahmi Fadzil (PH), Dr Asmah (Pejuang) dan Ramlan Askolani (BN). – HARAKAHDAILY 17/11/2022

Hujan tidak mematahkan semangat Fauzi untuk berkempen kepada penduduk sekitar.
- Advertisement -