19 November: Rakyat perlu pilih kerajaan stabil, bersih

- Advertisement -

FELDA: GENERASI sambut baik tawaran Perikatan Nasional

TANGGAL 19 NOVEMBER adalah tarikh penentu kepada mana-mana gabungan atau koalisi yang bakal membentuk kerajaan Malaysia bagi Penggal Parlimen ke -15.

- Advertisement -

Sama ada gabungan satu atau dua gabungan lain, pastinya ramai yang ternanti apakah visi dan agenda yang bakal dilaksana pasca pembentukan kerajaan Malaysia.

Bagi NGO GENERASI KEBANGSAAN, sebelum proses pembuangan undi lagi, rakyat yang bakal memilih wakil rakyat harus memikirkan siapa dan dari gabungan mana wakil rakyat itu perlu dipilih dengan dasar dan track rekod yang harus dilihat sebagai keutamaan.

Pastinya wakil rakyat yang bersih dan berintegriti, selain miliki kekuatan latar belakang akademik, pengaruh atau ditambah pengalaman harus dijadikan salah satu benchmark yang boleh diambil kira oleh pengundi. Disamping tawaran manifesto yang benar-benar menepati kehendak dan aspirasi rakyat, bukanlah sebuah janji manifesto yang akhirnya hanya disebut ‘manifesto bukan kitab suci’.

Dalam neraca pemerhatian NGO GENERASI, kami melihat tawaran yang diajukan Perikatan Nasional khasnya fokus kepada rakyat terbanyak menarik untuk dihadam dan dibahaskan agar Ianya sampai kepada sasaran.

Namun GENERASI lebih tertarik membincangkan mengenai tawaran Perikatan Nasional dalam menyelesaikan isu-isu FELDA yang dilihat amat-amat bermanfaat berbanding tawaran pihak lain samada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang hanya bermadah retorik.

Antaranya :

1. Menawarkan Wawasan FELDA baharu bagi menjamin masa depan warga generasi kedua FELDA dan mewujudkan peluang ekonomi baharu, industri dan menjamin infrastruktur asas yang lebih baik seperti jaringan internet, dan rumah mampu milik.

Ulasan : Tawaran ini selari dengan resolusi yang pernah dibentang oleh GENERASI sebelum ini dan dikemukan kepada YB Menteri Ekonomi dalam melihat bagaimana kerajaan khasnya FELDA melihat peluang ekonomi yang harus dibangunkan buat generasi kedua FELDA yang kini rata-ratanya ramai pulang Ke kampung halaman meneruskan kehidupan di FELDA.

Justeru FELDA perlu menyediakan ruang kepada anak generasi kedua ini dalam memperkasa ekonomi mereka termasuk dapat membantu dalam menyediakan peluang kerjaya apabila wujudnya industri kecil di kawasan FELDA.

2. Menyelamatkan Projek Pembangunan Rumah Generasi Kedua Terbengkalai

Ulasan : Isu rumah generasi kedua FELDA ini telah lama diutarakan GENERASI namun sejak BN dan PH memerintah lagi, tiada usaha mendepnai projek yang terbengkalai ini. Dalam hal ini pula harus diperkasakan semula pelan perancangannya dengan memfokuskan kepada pemulihan semula projek terbengkalai melalui usahasama dengan agensi tertentu bagi memulihkan projeck lama. Malah FELDA juga perlu mencari inisiatif baharu membina rumah generasi kedua ini di kawasan FELDA yang masih belum dimanfaatkan.

3. Memantap dan melaksanakan Program Pembangunan Peneroka bagi memperkasa pendapatan mereka.

Cadangan : FELDA boleh sahaja menggunakan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dalam mewujudkan industri, peluang ekonomi dan kemahiran kepada warga FELDA dalam mencari jalan menambah pendapatan mereka. Setidak-tidaknya FELDA dengan kerjasama agensi lain boleh menyediakan peluang, latihan dan presmis untuk mereka memulakan perniagaan. Atau setidak-tidaknya FELDA boleh wujudkan satu FELDA satu industri.

4. Memperkenalkan Skim Keusahawanan FELDA bagi menggalaklan golongan muda dalam pertanian berimpak tinggi.

Ulasan : Cadangan ini seharusnya mampu dilaksana dengan dana Skim Usahawan FELDA agar kerajaan dapat melahirkan usahawan dan peniaga muda yang akhirnya nanti dapat memperhebatkan FELDA sebagai sebuah hub perniagaan.

Empat tawaran di atas adalah amat baik sekali damping reaslistik dan mampu ditunaikan.

Sebagai NGO yang cukup cakna dengan masyarakat FELDA, maka kami menyokong penuh tawaran PN BEST pada 7 November lalu.

Kami akan memberi pandangan berkaitan isu-isu FELDA selepas ini dalam siri berikutnya hinga selepas proses pembuangan undi dan pembentukan Kabinet Kerajaan baru.

Kami yakin PN akan menjadi pilhan utama masyarakat negara ini dengan tawaran yang diberi dan integriti yang amat jitu.

USTAZ ROSLAN MD ESA, Penulis adalah Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI). – HARAKAHDAILY 10/11/2022

- Advertisement -