PH: Hadirnya menyusahkan, perginya amat dialukan

- Advertisement -

PAKATAN Harapan (PH) tidak segankah? Pakatan Harapan tidak malukah hendak mempamerkan manifesto mereka bagi PRU-15 kali ini?

- Advertisement -

Walhal manifesto mereka gagal ditunaikan bukan sahaja itu, hadir mereka merosakkan lagi negara. Tak perlu tunggu 5 tahun, 22 bulan sudah bermacam masalah menimpa.

Janji 100 hari tinggal janji dicapati. Mana janji hapuskan hutang peneroka FELDA? Yang berjaya hapuskan ialah PERIKATAN NASIONAL.

Mana janji gaji minimum kamu? Yang berjaya tunaikan ialah Ismail Sabri.

Mana janji tangguhkan bayaran PTPTN kamu? Kami tidak buat!

Kamu janji nak kaji projek mega, padahal apa yang kamu buat hanyalah merugikan lagi negara. 

ECRL dan MRT ditangguhkan dan dengan bangganya kamu potong kos projek dan mendabik dada kononnya atas dasar berjaya melakukan penjimatan.

Kemudian, Ketua Pakatan Harapan yang mereka sendiri julang telah mengakui:

‘Manifesto bukan kitab suci’.

Wahai rakyat Malaysia, mereka buat main dengan kepercayaan kamu!

Mereka jijak-jijak undi kamu! Masih ingin percayakan PH?

Tidak cukup dengan itu, mereka membawa agenda-agenda yang merosakkan negara.

Mereka rosakkan sistem ekonomi negara dengan meninggalkan lompong besar dalam sistem percukaian negara!

Mereka tambah hutang negara sebanyak RM100 bilion dalam masa 2 tahun!

Mereka sedut duit PETRONAS hampir RM60 bilion!

Mereka jual aset-aset strategik negara sebanyak hampir RM20 bilion selama 2 tahun!

Mereka jual aset strategik Tabung Haji (TH) kononnya atas alasan menyelamatkan TH. Walhal masih banyak kaedah lain untuk perkasakan TH!

Mereka sentuh isu-isu sensitif orang Melayu dan Islam! Pemimpin mereka mahu ratifikasi ICERD dan Statut Rom.

Mereka tidak hormat sistem pendidikan kita. Jawi dihina Menteri diam, tanglung dipasang 1 Kabinet yang datang!

Pemimpin mereka ada yang menyokong pengganas LTTE! Sampai sanggup mereka gugurkan kes ini hanya demi menyelamatkan rakan politik mereka!

Mereka pasif dengan kumpulan LGBT yang bermaharajalela! Sehinggakan ada golongan itu yang boleh berkhidmat dalam kerajaan!

Wahai rakyat Malaysia, masihkah kau mahu percayakan Pakatan Harapan? Yang hanya mampu menjual harapan.

NAZIR HELMI
Ketua Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 10/11/2022

- Advertisement -