KUALA LUMPUR: PERIKATAN NASIONAL (PN) terbukti mampu membawa satu perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov ini dalam membentuk semula tanah air Malaysia.
Ini kerana parti yang menggabungkan lima komponen parti – Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu terbukti bersih dan stabil.
Calon PAS Parlimen Batu, Ustaz Azhar Yahya yang bertanding atas tiket PERIKATAN NASIONAL berkata, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, PERIKATAN NASIONAL sebelum ini telah diuji oleh pandemik Covid-19 selama dua tahun di bawah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ketika itu, dengan penasihatnya ialah Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
“Selama kira-kira 22 bulan, Allah SAW takdirkan negara kita berhadapan pandemik Covid-19 dengan kerajaan PERIKATAN NASIONAL yang memerintah (pada ketika itu),” katanya pada Majlis Ramah Mesra bersama Presiden PAS di Restoran Al-Badiyah, KL Traders, di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis bersempana kehadiran Tuan Guru Abdul Hadi yang berkempen untuk calon-calon PERIKATAN NASIONAL Wilayah Persekutuan itu ialah calon Parlimen Wangsa Maju, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh; calon Titiwangsa, Dr Rosni Adam; dan calon Lembah Pantai, Ustaz Fauzi Abu Bakar.
Namun katanya, kerajaan PERIKATAN NASIONAL berjaya mencari dana sebanyak RM300 bilion untuk diagih-agihkan kepada rakyat bagi membantu ekonomi negara impak pandemik berkenaan.
“Itulah bukti keprihatinan kerajaan PERIKATAN NASIONAL. Itulah juga bukti kerajaan PERIKATAN NASIONAL telah menunjukkan keprihatinan yang kita akan teruskan dalam kerajaan yang bakal dibentuk pada 20 Nov kelak, insya-Allah!” katanya. – HARAKAHDAILY 10/11/2022