Pastikan 15 kerusi Parlimen di Kedah milik PERIKATAN NASIONAL

- Advertisement -

ALOR SETAR: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) khususnya di Kedah perlu menang untuk memastikan kesemua kerusi yang dipertandingkan tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini cukup penting untuk menentukan siapakah pemimpin yang akan menerajui dan menentukan masa depan Malaysia.

“Kompleks PAS Kedah sekali lagi menjadi saksi satu himpunan bersejarah iaitu pengisytiharan calon-calon PN sempena PRU ke-15, 19 November ini.

“Ini juga merupakan kesinambungan Himpunan Jentera Pilihan Raya PN pada 28 Oktober lalu yang juga disempurnakan di Kompleks PAS Kedah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengisytiharan Calon PN Kedah di Kompleks PAS Kedah, malam tadi.

Majlis disempurnakan oleh Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Hadir sama Pengerusi PN Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan pimpinan Bersatu dan Gerakan Negeri.

Justeru, kata Ahmad semua pihak terutama jentera pilihan raya PN perlu bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan 15 kerusi Parlimen di negeri ini dimenangi calon-calon PN.

Di samping itu ujar beliau, gerakan kesedaran untuk keluar mengundi perlu diaktifkan terutama kepada anak-anak muda.

Semenytara itu, PN Kedah menampilkan calon berwibawa, berpengalaman, berkarisma serta berpontensi menang pada PRU15.

Sembilan calon daripada 15 calon kerusi Parlimen yang dipertandingkan diwakili PAS, manakala enam dari Bersatu.

Calon PN daripada PAS iaitu Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya di Pokok Sena), Timbalan Pesuruhjaya Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (Kuala Kedah), Ketua Dewan Pemuda Negeri Nurul Amin Hamid (Padang Terap), Hassan Saad

(Baling), Dr Abd Ghani Ahmad (Jerlun) dan Afnan Hamimi Taib Azamuddin (Alor Setar).

Manakala penyandang sedia ada Sabri Azit (Jerai), Dato’ Awang Hashim (Pendang) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik).

Bersatu pula menampilkan Timbalan Pengerusi PN Kedah, Dato’ Suhaimi Abdullah (Langkawi), Dato’ Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), Mohd Nazri Abu Hassan (Merbok), Dr Robert Ling Kui Ee (Sungai Petani), Azman Nasrudin (Padang Serai) dan Roslan Hashim (Kulim Bandar Baru).

Sebahagian hadirin yang memenuhi Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah, malam tadi.

Lebih 3,000 orang memenuhi Dewan Kompleks PAS Kedah. Sebelum itu semua calon menghadiri majlis tertutup pada sebelah petang. – HARAKAHDAILY 3/11/2022

- Advertisement -