PRU15: Calon PERIKATAN NASIONAL mampu urus tadbir negara

- Advertisement -

KOTA BHARU: Calon-calon yang diketengahkan PERIKATAN NASIONAL (PN) Kelantan mengambil kira kewibawaan calon terbabit terutamanya kemampuan mengurus tadbir negara.

- Advertisement -

Pengerusi PN Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, mereka terdiri daripada bekas menteri dan timbalan menteri yang mempunyai rekod bsrsih dan cemerlang dalam perkhidmatan.

Katanya, mereka ada kemampuan unntuk mentadbir negara dan ikhlas mejalankan tugas serta tidak terbabit dengan sebarang penyelewengan.

“Oleh itu saya menyeru kepada rakyat Kelantan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama termasuk orang Melayu, Cina, Siam, India dan Orang Asli hendaklah pilih PN.

“Manakala perantau pula hendaklah balik mengundi kerana tanggungjawab itu hanya dilaksanakan antara empat atau lima tahun sekali,” katanya pada majlis pengumuman calon PN Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, calon yang bertenaga dan bersih insyaAllah akan menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 19 November ini.

Menurutnya juga kehadiran barisan pemimpin yang hebat dan bersih diharap mampu melahirkan masa hadapan negara yang lebih baik dan gemilang terutamanya untuk Islam.

“Tetapi kena memenuhi syarat-syarat tertentu iaitu bergantung kepada Allah Taala dan bekerja demi menegakkan agama Allah.

“Kedua kita bertanding bukan untuk mendapat kemasyhuran, tetapi kita sebagai khadam kepada Allah Taala. Kita jadi pejuang agama untuk apa yang dituntut oleh agama.

“Kita mahu melahirkan sebuah kerajaan yang mampu melaksanakan dasar-dasar Islam untuk selamatkan umat manusia,” ujarnya.

Menurut juga sebagai pejuang Islam hendaklah sentiasa bermunajat kepada Allah SWT sepanjang berkempen dan tidak berpecah belah, di samping memberi ketaatan kepada pemimpin. – HARAKAHDAILY 3/11/2022

- Advertisement -