Ulama pondok hadir Majlis Pengenalan Calon PN Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ulama pondok turut hadir pada Majlis Pengenalan Calon PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks PAS negeri, Kota Sarang Semut, Alor Setar malam tadi.

- Advertisement -

Mereka ialah Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah dari Pondok Bukit Lada, Pokok Sena, Tuan Guru Al Faqih Sheikh Wan Izzuddin Wan Ibrahim al Fatoni atau lebih mesra dengan panggilan Paknjang Izzudin, Pondok Gajah Mati, Pendang.

Selain itu, Tuan Guru Haji Abdul Rahim Jaafar dari Madrasah Nurul Ihsan, Pondok Bakai, Kulim, Ustaz Johari Morad (Pondok Darul Hidayah, Sungai Mati Langgar) dan Dato’ Ustaz Taib Azamudden Mohd Taib (Pondok Tarbiah Haraki Annur, Baling).

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Ahmad Yahaya mengucapkan terima kasih kepada para alim ulama yang sentiasa memberi sokongan dan dukungan.

“Semoga dengan kehadiran mereka mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Ahmad diisytiharkan bakal calon yang akan bertanding di Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

Presiden PAS merangkap Timbalan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyempurnakan majlis malam tadi. – HARAKAHDAILY 3/11/2022

- Advertisement -