Kedudukan Liverpool `tidak sedap dipandang’ sekarang

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp
- Advertisement -

Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, mengakui bukan mudah untuk melihat carta Liga Perdana Inggeris selepas Liverpool merudum ke tangga ke-16 selepas tewas 1-2 kepada Manchester United.

Jaringan gol Jadon Sancho dan Marcus Rashford, sebelum Mohamed Salah, mengurangkan jurang ketika Erik ten Hag, mencatat kemenangan pertama sebagai pengurus baharu Manchester United di hadapan penonton yang riuh rendah di Old Trafford.

- Advertisement -

Liverpool masih belum menemui sentuhan kemenangan selepas tiga perlawanan pembukaan dan berada lebih rendah dari United dalam carta, selain tujuh mata di belakang pendahulu Arsenal.

Walaupun masih sangat awal kerana kempen Liga Perdana baru saja bermula, kedudukan Liverpool hanya mengatasi Everton, Wolves, Leicester dan West Ham United.

“Sepanjang minggu ini, ia bukan mudah. ​​Kami mempunyai 15 pemain senior tidak menjalani latihan. Namun untuk perlawanan malam ini, saya suka barisan pemain. Saya melihat persembahan yang baik juga, tetapi tidak cukup bagus untuk memenangi perlawanan.

“Saya fikir kita semua tahu. Jika kita menjaringkan gol dalam apa jua situasi gol penyamaan, ia tidak akan menjadi kejutan terbesar di dunia,” katanya.

Antara pemain Liverpool yang tidak dapat beraksi kerana cedera ialah Caoimhín Kelleher, Ibrahima Konate, Joel Matip, Naby Keita, Curtis Jones, Thiago Alcantara, Alex Oxlade-Chamberlain, Diogo Jota dan Calvin Ramsay, manakala Darwin Nunez digantung.

Klopp menggesa skuadnya untuk bangkit menentang Bournemouth pada Sabtu ini.

“Demi bola sepak yang kami mampu bermain, kami mahu berjuang. Kami mempunyai perlawanan di tempat sendiri yang baik pada Sabtu dan Anfield perlu bergegar. Kami perlu membakar semangat.

“Kami akan cuba sepenuhnya segala yang diharapkan oleh setiap penyokong Liverpool. Kami akan berjuang untuk hidup kami,” katanya.

- Advertisement -