Rakyat Malaysia ke-3 di dunia paling malas berjalan kaki

- Advertisement -

Oleh ZULHAIDI MANSOR

KUALA LUMPUR: Kajian terbaharu yang dijalankan oleh Universiti Standford di California, Amerika Syarikat melibatkan 717,527 orang di 111 negara di seluruh dunia menobatkan  rakyat Malaysia sebagai negara ketiga tertinggi di dunia paling malas berjalan kaki.

Menurut kajian tersebut, rakyat Malaysia berjalan secara purata hanya 3,963 langkah sehari berbanding rakyat Indonesia di tempat pertama tertinggi di dunia paling malas berjalan kaki  dengan purata 3,513 langkah sehari; dan Arab Saudi di tangga kedua dengan 3,807 langkah sehari.   

- Advertisement -

“Di negara yang mempunyai sedikit populasi obesiti, orang ramai kebanyakannya berjalan dengan jumlah jarak yang sama pada setiap hari tetapi jurang yang besar antara orang yang banyak berjalan dengan mereka yang berjalan sangat sedikit – bertepatan dengan tahap obesiti yang lebih tinggi,” lapor kajian tersebut. 

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan bahawa purata jumlah berjalan kaki bagi setiap individu yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari. – HARAKAHDAILY 16/8/2022

- Advertisement -