Presiden mohon maaf, banjir di Seoul: 9 maut, 7 hilang

- Advertisement -

SEOUL: Laporan terkini mengumumkan, sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 7 masih hilang dalam kejadian banjir besar yang melanda ibu kota Korea Selatan sejak malam Isnin, 8 Ogos lalu.

Pihak berkuasa Korea Selatan pada Rabu (10 Ogos)  berkata bahawa 17 orang turut tercedera  dan 570 orang dipindahkan dalam kejadian tersebut akibat hujan lebat yang turun mencurah sejak tiga hari lalu yang membanjiri kediaman, jalan raya dan stesen kereta api bawah tanah di bandar raya itu, lapor agensi berita Yonhap.

- Advertisement -

“Banjir turut melanda kawasan di wilayah Gyeonggi, yang mengelilingi Seoul, dan wilayah jiran Gangwon di timur dengan lebih 2,500 rumah dan bangunan ditenggelami air, menyebabkan penduduk tempatan mengalami kerosakan kewangan.

“Seoul dan kawasan sekitarnya menerima kira-kira 525 milimeter hujan sepanjang tiga hari,” ujar  Pentadbiran Meteorologi Korea.

Secara keseluruhan, pihak berkuasa berkata bahawa lebih 1,250 orang telah dipindahkan  mereka di bahagian lain di negara ini selepas kediaman mereka ditenggelami air.

Sementara itu, Presiden Yoon Suk-yeol memohon maaf kepada rakyat negara itu selepas kritikan awam terhadap kerajaannya kerana kekurangan kemudahan untuk mengawal kerosakan banjir.

“Saya berdoa untuk mangsa dan memohon maaf bagi pihak kerajaan kepada rakyat yang mengalami kesulitan,” lapor Yonhap memetik kenyataan Yoon.

Beberapa jalan raya dan landasan kereta api di Seoul turut ditutup ketika Jabatan meteorologi Korea mengeluarkan amaran hujan lebat bakal melanda  wilayah Chungcheong di wilayah tengah negara Asia Timur itu. – HARAKAHDAILY 11/8/2022

- Advertisement -