Air Kelantan: Kerajaan negeri dan Menteri PAS buat apa?

- Advertisement -

MENARIK jawapan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) berkenaan isu air Kelantan di Dewan Rakyat sekali gus menjawab persoalan apa yang PAS buat bila jadi Kerajaan Persekutuan dalam isu air Kelantan.

Mari kita lihat apa yang Menteri KASA dari PAS buat. Yang demo duk kata dah Menteri Air dari PAS ada buat gapo, nie hok dio buat: 

1. Naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) dengan anggaran peruntukan bernilai RM207.2 juta melalui pinjaman kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang dijangka akan siap menjelang tahun 2025. LRA yang terlibat adalah:

i. LRA  Chicha Fasa 2 berkapasiti 10 juta liter harian (JLH)

ii. LRA Tanjung Mas berkapasiti  30  juta  liter  sehari  (JLH)

iii. LRA  Bukit  Chupak berkapasiti 10 JLH 

2. KASA juga telah mengemukakan permohonan bagi pembinaan LRA Bersepadu TAPS Machang berkapasiti 500 JLH di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 (RP3 RMKe-12). Cadangan ini akan melibatkan pembekalan air ke hampir keseluruhan  jajahan di Kelantan terutamanya Kota  Bharu, Machang, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Tanah Merah.

3. Program Pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW) Kebangsaan berjumlah RM69.95  juta dijangka siap pada tahun 2022. Skop kerja termasuk pemasangan meter System Input Volume (SIV), penggantian meter pengguna, pembaikan tangki-tangki dan penyediaan Geographic Information System (GIS); dan

4. Pembangunan Sumber Air: Kajian Pembangunan Sumber Air Negeri Kelantan (Fasa 2) telah bermula sejak 26 Januari 2022 dengan tempoh kajian selama 18  bulan. Kajian  ini bertujuan untuk mengkaji potensi pembangunan sumber air permukaan di lembangan-lembangan sungai di Negeri Kelantan untuk cadangan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS). 

Dalam tak sampai dua tahun jadi Menteri pelbagai inisiatif telah dibawa oleh Menteri KASA ke Kelantan untuk selesaikan masalah air.

Mujurlah PAS jadi sebahagian Kerajaan Persekutuan.

Kalaulah tiada penindasan dan kezaliman dari BN ketika jadi Kerajaan Persekutuan dahulu, rakyat Kelantan tidak perlu berhadapan dengan masalah ini sekarang.

Kerajaan Negeri pun tak goyang kaki dengan peruntukan yang ada, Kerajaan Negeri telah peruntukkan RM49 juta untuk bangunkan Mini LRA bagi cukupkan air. Ianya melibatkan:

1. Mini LRA Teluk Mesira
2. Mini LRA Ketereh
3. Mini LRA Jelawat
4. Mini LRA Wakaf Baharu
5. Mini LRA Kg Perol
6. Mini LRA Meranti
7. Mini LRAKedai Buluh
8. Mini LRA Tendong

Termasuklah beberapa projek lain pun sudah siap dibina dan dinaik taraf, antaranya:

1- Loji Rawatan Air Kg Telok, Kota Bharu

2- Projek Baik Pulih Loji Rawatan Air Wakaf Bharu, Tumpat

3- Pemasangan Paip Tangki Lepan Jaya, Gua Musang

Fakta-fakta ini membukti Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri KASA dari PAS tidak berdiam diri menyelesaikan isu air di Kelantan.

Jika ada yang masih tanya apa yang PAS buat dalam isu air di Kelantan. Ambik fakta ini beri pada mereka atau yang kita tahu orang politik yang buat tanya, ambil rembah atas muka.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 30/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -