Disangka berehat, rupanya meninggal dunia berpakaian ihram

- Advertisement -

Oleh ZULHAIDI MANSOR

KUALA LUMPUR: Gambar seorang jemaah haji yang berasal dari Pakistan tular di platform media sosial Facebook disangkakan sedang berehat dan terbaring tetapi sebenarnya telah meninggal dunia di Tanah suci Makkah dalam pakaian ihram.

Namun, di sebalik pemergiannya yang pastinya dicemburi ramai umat Islam itu, menurut hantaran Facebook Afiz Ayub Foundation, Allahyarham sebenarnya sudah lebih empat dekad berusaha untuk mencapai impiannya menunaikan haji di Makkah.

- Advertisement -

Allahyarham sebenarnya telah menyimpan duit selama 43 tahun sebelum ditakdirkan Allah impiannya itu akhirnya tercapai pada tahun ini.

“Tempoh 43 tahun bukanlah satu masa yang pendek. Kalau kitalah, pasti sudah berputus asa menunggu tetapi jemaah ini tidak pernah berputus asa menunggu selama 43 tahun untuk menunaikan haji. 

“Perkara yang lebih menyayat hati ialah Allahyarham telah menjual tanahnya di Pakistan demi menunaikan rukan Islam kelima itu  iaitu menunaikan Haji di Makkah,” tulisnya di Facebook Afiz Ayub Foundation.

Ujarnya lagi, cerita itu terbongkar apabila Allahyarham tidak mempunyai duit yang cukup menunaikan haji dan mempunyai tanah di tempat tinggalnya, yang kemudian dijual kepada rakannya.

“Allahyarham sebelum ini berkerja keras mengusahakan tanah tersebut bagi menyimpan duit untuk menunaikan hajinya,” tulisnya lagi.

Rentetan itu katanya, perjuangan Allahyarham selama 43 tahun dalam hidup beliau, jemaah bertuah ini akhirnya mempunyai simpanan yang cukup untuk menunaikan Haji.

Menurut tulisan itu lagi, akhirnya setelah selesai menunaikan haji, Allahyarham terbaring seolah-olah berehat dan roh Allahyarham pergi meninggalkan dunia untuk kembali kepada pencipta-Nya.

“Alhamdulillah, kematian yang di tunggu-tunggu ini adalah permintaannya sendiri, yang mahu meninggal dunia dalam pakaian ihram. – HARAKAHDAILY 28/7/2022.

- Advertisement -