Usah ghairah hingga sertai ritual agama lain

- Advertisement -

SAUDARA-saudaraku umat Islam! Ketika dan saat umat manusia berada di akhir zaman, pertama berpegang teguhlah dengan ajaran dan akidah Islam.

Musuh-musuh Islam dari kalangan Yahudi dan Nasrani (Zionis) sentiasa mengintai kelompok kelompok ini untuk diserang dan disesatkan:

1. Umat Islam yang berpegang teguh dengan Islam dan mempertahankannya. 

2. Umat Islam yang lemah fahaman dan pegangan akidahnya.

3. Umat Islam yang hilang jati diri untuk mempertahankan agamanya dan mengambil sambil lewa apa sahaja rancangan musuh terhadap agama dan pengikutnya. 

4. Masyarakat bukan-Islam yang mula mencari kebenaran dan berusaha mengembalikan fitrah mereka kepada Allah. 

5. Gerakan dan kesatuan umat Islam yang berada dalam perjuangan mengembalikan politik Islam dalam pentadbiran negara. 

6. Gerakan umat Islam yang konsisten menyeru dan berdakwah mengembalikan fitrah manusia daripada bertuhankan sesama makhluk ataupun tiada bertuhan kepada fitrah mentauhidkan Allah. 

- Advertisement -

Benarlah Pesanan Nabi Muhammad S.A.W kepada kita untuk sentiasa berhati-hati di akhir zaman ini:

لَتَتّبِعُنّ سَنَنَ الّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ. شِبْراً بِشِبْرٍ، وَذِرَاعا بِذِرَاعٍ. حَتّىَ لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبَ لاَتّبَعْتُمُوهُمْ” قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللّهِ آلْيَهُودُ وَالنّصَارَىَ؟ قَالَ “فَمَنْ؟

Kamu akan mengikut jalan orang yang terdahulu darimu. Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hinggalah kalau mereka masuk ke lubang biawak, nescaya kamu akan turut masuk. Sahabat bertanya adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Jawab Baginda: Siapa lagi kalau bukan mereka?”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan Hadis ini, menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan syibr(sejengkal) dan dziro’ (sehasta) serta lubang dhob adalah permisalan terhadap tingkah laku kaum Muslimin yang begitu serupa dengan tingkah Yahudi dan Nasrani dari segi mengikuti mereka dalam hal kemaksiatan begitu juga perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. 

Mereka mencipta dan membiarkan kita berada dalam situasi Normalisasi Silang agama dengan slogan ‘menghormati agama lain’ ‘Kita meraikan perbezaan antara kita’. 

Saya cukup yakin sebagai umat Islam untuk rasa dihormati cukup memadai umat bukan-Islam tidak menyentuh dan mempersenda ajaran Islam dan tidak perlu berpuasa dan bersolat lima waktu. 

Saya cukup yakin umat bukan-Islam juga tidak mengharapkan kita menyertai ritual ibadah mereka, bahkan mereka juga akan berasa pelik kenapa umat Islam menyertai ritual ibadah yang khusus buat mereka. 

Cukup dengan kita berpegang dengan prinsip:

وَاِنْ كَذَّبُوْكَ فَقُلْ لِّيْ عَمَلِيْ وَلَكُمْ عَمَلُكُمْۚ اَنْتُمْ بَرِيْۤـُٔوْنَ مِمَّآ اَعْمَلُ وَاَنَا۠ بَرِيْۤءٌ مِّمَّا تَعْمَلُوْنَ

“Dan jika mereka (tetap) mendustakanmu (Muhammad), maka katakanlah, “Bagiku pekerjaanku dan bagimu pekerjaanmu. Kamu tidak bertanggung jawab terhadap apa yang aku kerjakan dan aku pun tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu kerjakan.””

(Yunus: 41)

Perkara kecil-kecil yang dilakukan oleh mereka pun kita ghairah ingin melakukannya.

USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 9/6/2022

- Advertisement -