Messi duta pelancongan baharu Saudi

Lionel Messi tiba di Jeddah, Arab Saudi pada 9 Mei 2022. (FOTO Saudi Tourism)
- Advertisement -

JEDDAH: Lionel Messi tiba di Jeddah selepas pihak berkuasa Pelancongan Saudi mengumumkan bahawa pemain bola sepak Paris Saint-Germain dan Argentina itu sebagai duta rasmi baharunya bagi industri pelancongan negara itu.

Dalam mesej yang disiarkan di Twitter, Menteri Pelancongan Saudi Ahmed Al-Khateeb menulis: “Saya berbesar hati mengalu-alukan Lionel Messi ke Arab Saudi. Kami teruja untuk anda menerokai khazanah Laut Merah, (sempena)  Musim Jeddah dan sejarah purba kami. Ini bukan lawatan pertamanya ke Arab Saudi  dan ia bukan yang terakhir.”

- Advertisement -

Messi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada Isnin, diiringi oleh sekumpulan rakan-rakannya. 

Tidak lama selepas itu, gambar-gambarnya tular di media sosial yang menunjukkan figura bola sepak dunia berusia 34 tahun itu dialu-alukan di Jeddah  dan pengguna mula membuat spekulasi bahawa Messi mungkin melawat negara itu untuk Musim Jeddah atau untuk aktiviti komersial.

Ketika pengumuman pemilihan dirinya sebagai duta baharu pelancongan Saudi tersebar di media sosial, netizen termasuk rakan-rakan bola sepak Messi memuji Kementerian Pelancongan Saudi kerana memilih Messi.

Bekas penyerang pasukan kebangsaan Al-Hilal dan Saudi, Sami Al-Jaber berkata: “Ia adalah satu langkah yang sangat terbilang dan unik untuk mempunyai Messi sebagai duta untuk industri elancongan Saudi kerana impak besar yang dimiliki pemain itu, yang akan mencerminkan secara positif kedudukan Jeddah sebagai destinasi pelancongan.”  – Arab News

- Advertisement -