Beckham ramal perubahan MU, Ronaldo kekal

- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

MANCHESTER: David Beckham meramalkan bakal berlaku perubahan di Manchester United susulan pelantikan Erik ten Hag sebagai pengurus baharu kelab bola sepak elit berkenaan, tetapi menyatakan harapannya bahawa Cristiano Ronaldo akan kekal sebagai pemain utama di kelab itu.

Ten Hag dilantik sebagai pengurus baharu di Old Trafford  menggantikan Ralf Rangnick sementara menjelang musim depan. Pelantikan Ten Hag itu adalah bagi menggantikan Ralf Rangnick menjelang perlawanan musim depan. 

- Advertisement -

Terdahulu, Rangnick mengambil alih kedudukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus MU selepas bekas pemain Norway itu dipecat dari jawatan tersebut pada November tahun lepas.

Mengulas lanjut, Beckham berkata, kekalahan teruk 4-0 kepada Brighton pada hujung minggu ini menamatkan peluang MU untuk layak ke Liga Juara-Juara, dan beliau percaya peminat bekas kelabnya  akan tetap bersyukur kerana hanya ada satu perlawanan lagi dalam kempen MU.

“Ia adalah penghujung musim yang sukar, tetapi disebabkan ia penghujung musim, saya pasti ramai peminat berterima kasih kerana ini adalah satu penghujung musim yang sukar dan penuh dengan pasang surut.

 “Terdapat beberapa  perubahan yang perlu dibuat dan ada  perubahan yang sedang berlaku,” ujarnya,” ujarnya kepada Sky Sports.

Tambah Beckham, Ten Hag dijangka akan kehilangan skuadnya apabila dia tiba di MU dengan Paul Pogba dan Jesse Lingard  dijangka antara yang terbabit susulan akan  tamat kontrak menjelang musim panas ini.

Katanya lagi, seorang lagi yang dikaitkan dengan potensi keluar dari MU ialah Ronaldo, penjaring terbanyak pada musim pertamanya yang kembali ke  kelab itu selepas menyertai Juventus dengan kontrak dua tahun.

Ronaldo adalah pengganti Beckham bagi menyarung jersi nombor tujuh di Old Trafford selepas pertama kali tiba di kelab itu pada 2003, dan pemain antarabangsa England yang 115 cap itu berharap penyerang Portugal itu adalah sebahagian daripada 10 pemain dalam perancangan Hag untuk MU.

“Jelas sekali, Cristiano adalah salah seorang pemain terbaik MU sejak 15 tahun lalu selain Leo Messi.

“Ia merupakan perkara penting bagi  peminat untuk melihatnya  kekal di kelab ini. Kami tahu betapa MU sangat bermakna kepadanya,”  tegas Beckham.

Beckham menandatangani kontrak dengan MU pada 8 Julai 1991, yang ketika itu beliau merupakan salah seorang daripada sekumpulan pemain muda yang termasuk Ryan Giggs, Garu Neville dan Paul Scholes di bawah jurulatih Eric Harrison yang membimbing kelab itu untuk memenangi Piala Belia FA Inggeris pada Mei 1992. – HARAKAHDAILY 11/5/2022

- Advertisement -