Jamuan jalanan kembali semula di Kaherah

- Advertisement -

KAHERAH: Jamuan jalanan dengan meja panjang diatur di jalan kota ini untuk berbuka puasa pada Ramadan yang mulia kembali semula selepas digantung secara meluas sejak dua tahun lalu kerana pandemik Covid-19.

Di kawasan kejiranan kelas pekerja di Matariya, penduduk duduk bersebelahan di sepanjang dua meja menyusuri jalan sempit yang dihiasi dengan belon dan sepanduk sambil menikmati hidangan daging barbeku, nasi dan jeruk.

- Advertisement -

Jamuan jalanan itu dianjurkan oleh badan amal untuk golongan miskin, manakala di kawasan seperti di Matariya, dikendalikan oleh komuniti tempatan yang mengumpulkan sumbangan makanan.

“Semangat Ramadan telah kembali. Orang ramai kembali makan bersama tanpa perlu risau,” kata penganjur jamuan Matariya, Haitham Adel.

Jamuan jalanan dianjurkan badan amal

Penganjur jamuan amal harian di Giza, di seberang Sungai Nil dari pusat Kaherah, Ahmed al-Bardisi, berkata kehilangan pekerjaan ketika pandemik Covid-19 menyebabkan sumbangan makanan terhad.

Walaupun ramai rakyat Mesir bergelut dengan peningkatan kadar inflasi, katanya sumbangan seperti itu kelihatan telah pulih semula tahun ini.

Jamuan jalanan diadakan semula selepas sekatan Covid-19 ditarik balik

Mesir yang dilanda gelombang jangkitan Covid-19 mengenakan perintah berkurung pada waktu malam yang kebetulan pada Ramadan pada tahun 2020. Namun kebanyakan sekatan telah ditarik balik.

- Advertisement -