New Delhi kekal ibu kota paling tercemar di dunia

Seorang wanita melintasi landasan kereta api di New Delhi, India pada 12 November 2021. (FOTO Reuters)
- Advertisement -

NEW DELHI: Tiada satu negara yang benar-benar berjaya memenuhi piawaian kualiti udara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2021, dan New Delhi di India yang menyandang ‘juara’ ibu kota paling tercemar di dunia pada 2020 mengekalkan gelarannya itu bagi tempoh 2021.

Fakta tersebut didapati susulan hasil tinjauan data pencemaran terhadap di 6,475 bandar seluruh dunia sehingga Selasa (22 Mac), malah asap tebal didapati muncul kembali di sesetengah bandar selepas jumlahnya menurun ketika pada era permulaan pandemik Covid-19 melanda global. 

- Advertisement -

Terdahulu, WHO mengesyorkan purata bacaan tahunan zarah bawaan udara yang kecil dan berbahaya yang dikenali sebagai PM2.5 hendaklah tidak lebih daripada 5 mikrogram setiap meter padu selepas mengubah garis panduannya tahun lepas, dengan mengatakan bahawa walaupun kepekatan rendah, ia boleh  menyebabkan risiko kesihatan yang ketara.

Menurut data yang dipatuhi oleh IQAir, sebuah syarikat teknologi pencemaran Switzerland yang memantau kualiti udara, hanya 3.4 peratus daripada kesemua bandar dalam senarai tinjauan hampir memenuhi piawaian WHO 2021 berkenaan.

Sebaliknya, 93 buah bandar menunjukkan paras PM2.5 pada 10 kali ganda daripada  paras yang disyorkan WHO.

Bangladesh merupakan negara paling tercemar di dunia pada tahun 2021 (FOTO World Today News)

Pengurus sains kualiti udara IQAir, Christi Schroeder berkata, bagaimanapun terdapat banyak negara yang membuat kemajuan besar dalam pengurangan pencemaran.

“China umpamanya bermula dengan jumlah pencemaran  yang sangat besar, namun ia berjaya dikurangkan secara berterusan  dari semasa ke semasa. Tetapi terdapat juga negara yang menunjukkan prestasi yang  semakin teruk.

“Tahap pencemaran  secara keseluruhan India bertambah buruk sepanjang 2021 dan New Delhi kekal sebagai ibu kota paling tercemar di dunia.

“Bangladesh pula merupakan negara paling tercemar di dunia, yang keadaannya tidak berubah dari tahun sebelumnya (2020), manakala Chad menduduki tempat kedua selepas data negara di benua Afrika itu dimasukkan buat kali pertama dalam senarai berkenaan,” jelas Schroeder.

Bhiwadi di India pula diisytiharkan sebagai bandar paling tercemar di dunia sepanjang 2021. (FOTO RS News)

Menurut data IQAir, China yang telah melancarkan perang terhadap pencemaran sejak 2014, jatuh ke tangga ke-22 dalam kedudukan kandungan terbanyak PM2.5 pada 2021, turun daripada tempat ke-14 berbanding tahun sebelumnya, dengan bacaan purata meningkat sedikit sepanjang tahun kepada 32.6 mikrogram.

“Hotan di wilayah barat laut Xinjiang merupakan bandar paling tercemar di China, dengan purata bacaan PM2.5 lebih daripada 100 mikrogram, sebahagian besarnya disebabkan oleh ribut pasir.

“Ia jatuh ke tempat ketiga dalam senarai bandar paling tercemar di dunia selepas dipintas oleh Bhiwadi dan Ghaziabad yang kedua-duanya terletak di India,” katanya. – Reuters 

- Advertisement -