Pertemuan jarang berlaku Gantz-Abbas mengundang persoalan

- Advertisement -

ROSH HAAYIN, ISRAEL: Presiden Palestin, Mahmud Abbas, bertemu Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz, dalam lawatan ke Israel yang jarang berlaku, semalam.

Jurucakap pejabat Gantz memberitahu pertemuan dua pemimpin berkenaan adalah berhubung isu keselamatan dan hal ehwal awam.

Pegawai Palestin pula menyatakan bahawa Abbas membincangkan untuk mewujudkan ruang ke arah penyelesaian politik terhadap konflik Timur Tengah berdasarkan penyelesaian antarabangsa.

- Advertisement -

Mengikut kenyataan Kementerian Pertahanan Israel, Gantz memberitahu Abbas bahawa beliau berhasrat untuk meneruskan usaha mempromosikan memperkukuhkan keyakinan dalam bidang ekonomi dan awam seperti yang dipersetujui dalam pertemuan sebelum ini.

“Mereka membincangkan hal ehwal keselamatan dan awam,” kata kenyataan itu yang media Israel laporkan diadakan di rumah Gantz di tengah Israel.

Ogos lalu, Gantz melawat ibu pejabat Pihak Berkuasa Palestin untuk berbincang dengan Abbas, iaitu pertemuan rasmi pertama peringkat tertinggi sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun selepas itu, Perdana Menteri Israel, berkata tidak ada proses perdamaian berterusan dengan Palestin.

Menteri Hal Ehwal Awam Palestin, Hussein al Sheikh, dalam ciapan Twitter berhubung pertemuan Abbas dan Gantz, berkata mereka juga membincangkan keadaan tegang di akar umbi akibat aktiviti penempatan haram Yahudi, selain isu berkaitan keselamatan, ekonomi dan kemanusiaan.

Pembangkang di Israel, Parti Likud, pula mengecam pertemuan terbaharu itu dan menyifatkan sebagai konsesi bahaya terhadap keselamatan Israel.

“Kerajaan Israel-Palestin telah meletakkan Palestin dan Abbas kembali dalam agenda…ini bahaya untuk Israel,” kata Parti Likud dalam kenyataan media.

Hubungan antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin adalah berasaskan Israel-wilayah diduduki Tebing Barat, merosot ketara sejak beberapa tahun lalu

Penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, antara isu dibincangkan oleh Abbas dan Gantz

Pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu, meminggirkan hubungan itu ketika menjadi Perdana Menteri antara 2009 hingga tahun ini dengan rundingan damai digantung pada 2014, manakala penempatan haram Yahudi berlaku dengan pantas di Tebing Barat.

Pemimpin sayap kanan yang kini menjadi Perdana Menteri pada Jun lalu, Bennett, pula adalah bekas ketua majlis pelobi peneroka haram yang menentang penubuhan negara Palestin

Pertemuan Abbas dan Gantz berlangsung walaupun bulan ini, keganasan berlaku di Tebing Barat yang diduduki Israel sejak Perang Enam Hari pada 1967.

Hampir 500,000 peneroka haram Yahudi kini mendiami Tebing Barat walaupun penempatan itu menyalahi undang-undang antarabangsa.

Malah sejak beberapa minggu lalu, peneroka haram Yahudi bertindak agresif menyerang penduduk Palestin, termasuk menggunakan batu dan senjata lain. – TRT WORLD

- Advertisement -