‘Esok jangan lupak turun ngundi kamek, Arif Paijo’

- Advertisement -

BATANG LUPAR: PAS membuktikan komitmen berterusan bagi membantu penduduk di Beting Maro dengan mewujudkan Pusat Khidmat Masyarakat Dun berkenaan.

Pusat Khidmat itu dilancarkan untuk memudahkan gerak kerja dan khidmat yang berterusan di Dun Beting Maro tanpa mengira waktu.

Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Beting Maro disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

- Advertisement -

Hadir sama pada majlis bersejarah itu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato’ Awang Hashim.

Calon PAS Dun Beting Maro Arif Paijo berkata, dengan ada pusat khidmat itu membolehkan PAS memberi khidmat kepada penduduk sepanjang masa.

“Sekiranya diberi mandat pengundi lebih banyak perancangan dibuat untuk manfaat rakyat di Beting Maro terutamanya aspek kebajikan, kemudahan asas, pendidikan dan aktiviti anak muda.

“Esok jangan lupak turun ngundi kamek, Arif Paijo, Calon nombor 5,” katanya di sini.

Sementara itu petang ini akan diadakan pelancaran Nafas Baru Riding Club di Dataran Masjid berhampiran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Beting Maro.

Program itu khusus untuk orang muda yang minat sukan permotoran.

Alternative Riding Club (ARC) merupakan organisasi di bawah Dewan Pemuda PAS yang menguruskan kelab motosikal di seluruh negara.

Arif Paijo berkata, pihak urusetia program itu sangat menitikberatkan soal keselamatan dan peraturan seperti ditetapkan ARC.

“Atas nasihat dan pandangan pihak berkuasa, penganjur dan peserta, konvoi yang jadi salah sigek aktiviti kelab tuk dibataskan.

“Jadi, pendidikan dan peraturan permotoran dalam kalangan anak mudak Dun Beting Maro akan terus diperkasa dan dipupuk,” ujarnya

Program tersebut menggambarkan Arif Paijo ‘calon mudak PAS, tuk nang prihatin dan tauk minat anak mudak Beting Maro’ khususnya aktiviti permotoran. – HARAKAHDAILY 17/12/2021

- Advertisement -