Lebihan dagangan Nov Indonesia jatuh kepada AS$3.51 bilion

Sebuah bot tunda berlabuh di Pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta, Indonesia pada 11 Januari 2021. Gambar diambil 11 Januari 2021. (FOTO Reuters)
- Advertisement -

JAKARTA: Lebihan dagangan Indonesia menyusut lebih daripada jangkaan pada Nov 2021 kepada AS$3.51 bilion apabila jumlah import melonjak menjelang cuti akhir tahun, manakala eksport juga meningkat pada paras tertinggi sepanjang masa.

Lebihan dagangan Nov itu adalah berdasarkan  data rasmi hasil tinjuan Reuters pada hari Rabu (15 Nov) yang sebelum ini  dijangka pada AS$4.45 bilion, berbanding lebihan dagangan Okt lalu pada AS$5.74 bilion.

- Advertisement -

Jumlah lebihan dagangan Nov itu bagaimanapun masih tinggi bagi Indonesia yang telah mendapat manfaat daripada ledakan eksport kerana aliran menaik dalam harga komoditi.

Ketua Ekonomi Trimegah Securities, Fakhrul Fulvian berkata, jumlah import yang yang tinggi pada Nov menunjukkan keadaan ekonomi domestik yang bertambah baik.

“Keyakinan terhadap ekonomi menyebabkan import meningkat dan kami berharap trend ini akan berterusan menjelang 2022,” ujarnya.

Negara yang kaya dengan sumber asli  itu telah mencapai lebihan perdagangan pada setiap bulan sejak Mei 2020, yang membantu menstabilkan mata wang rupiahnya dan menyokong pemulihan ekonominya daripada pandemik Covid-19.

Jumlah import meningkat 52.62 peratus pada asas tahunan pada Nov 2021 kepada AS$19.33 bilion, mengatasi anggaran tinjauan pada 37.55 peratus dan didorong oleh lonjakan pembelian mesin dan produk farmaseutikal, serta barangan pengguna dan bahan mentah untuk pembuatan. – HARAKAHDAILY 15/12/2021

- Advertisement -