Kes Nagaenthran ‘patuhi proses undang-undang’ – Halimah Yaacob

- Advertisement -

SINGAPURA: Presiden Singapura, Halimah Yacob telah memberikan jawapan kepada Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, mengenai surat rayuan daripada pemimpin Malaysia berhubung kes Nagaenthran Dharmalingam yang didakwa mengedar dadah dan kini tertakluk di bawah hukuman mati di negara itu atas kesalahan tersebut.

Kementerian Luar Negeri (MFA) dalam kenyataan media pada Jumaat (3 Dis) berkata, Presiden Halimah Yacob telah menjawab (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk menyampaikan bahawa (Nagaenthran) telah diberikan ‘proses yang sewajarnya sepenuhnya di bawah undang-undang’, lapor CNA.

- Advertisement -

Terdahulu, peguam M Ravi telah memfailkan permohonan mahkamah pada Nov tahun ini menyatakan Nagaenthran mempunyai masalah fungsi mental menyebabkan dia berkelakuan seperti individu di bawah usia 18 tahun.

Dalam hujahnya, Ravi menegaskan bahawa belas kasihan kehakiman harus dilaksanakan untuk memberikan Nagaenthran penangguhan hukuman daripada pelaksanaan hukuman mati, sementara menunggu pemeriksaan psikiatri lanjut dan laporan mengenai keadaan mentalnya dilakukan.

Bagaimanapun, Nagaenthran didapati oleh hakim perbicaraan tidak mengalami sebarang tahap kecacatan intelek, walaupun diterima bahawa dia mempunyai simpton ‘fungsi intelek sempadan’ (Borderline intellectual functioning) atau juga dikenali dengan istilah ‘terencat akal sempadan’ (borderline intellectual functioning). Permohonan Ravi itu kemudiannya ditolak. – HARAKAHDAILY 3/12/2021

- Advertisement -