Siti Aishah kekal terajui Dewan Muslimat PAS Kedah

- Advertisement -

Oleh: SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah sesi 2021/2023  apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Dewan berkenaan kali ke 52, hari ini.

Sementara, jawatan Timbalan dan Naib Ketua juga menyaksikan Ustazah Siti Mekiah Shamsudin dan Ustazah Fatimah Wan Teh berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.  

- Advertisement -

Pemilihan kali ini juga menyaksikan 10 ahli jawatankuasa menang tanpa bertanding apabila lapan daripada 18 percalonan menarik diri dari bertanding. 

Menurut ketua pengundian, Ustaz Azizan Hamzah, pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, pemeriksa kira-kira satu dan dua juga kekal menang tanpa bertanding. 

“Saya ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing pada sesi kali ini,”  ujar beliau ketika mengumumkan senarai nama yang terpilih. 

Menurutnya lagi, 15 Dewan Muslimat kawasan telah menunaikan tanggungjawab dengan menghantar senarai pencalonan jawatankuasa sesi 2021/2023 mengikut masa yang ditetapkan. 

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Kedah kali ke-52 kali ini diadakan di Kompleks PAS Kedah dan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ahmad Yahaya. 

Muktamar kali juga dilangsungkan dengan agak ketat yang mana semua jawatankuasa, perwakilan dan urus setia yang hadir mesti telah divaksinasi dua dos lengkap serta melakukan ujian kendiri pengesanan Covid-19. – HARAKAHDAIY 22/10/2021

- Advertisement -