Lebih 1 juta penerima Bantuan Bakul Makanan KPWKM

- Advertisement -

Oleh EVA NATASHA SADALI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan RM106.8 juta bagi Bantuan Bakul Makanan kepada 1,121,385 Ketua Isi Rumah (KIR), setakat Mac 2020 hingga Julai 2021.

Timbalan Menterinya, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) turut menerima insentif melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan PEMULIH berjumlah RM19.52 juta memanfaatkan kepada 5,292 buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

- Advertisement -

Timbalan Menterinya, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata Pengusaha Taska turut menerima insentif melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan PEMULIH berjumlah RM19.52 juta memanfaatkan kepada 5,292 buah taska.

Katanya, di bawah PENJANA dengan peruntukan RM12.15 juta memberi manfaat kepada 2,623 buah TASKA, yang mana pengusaha taska Institusi dan taska di tempat kerja menerima RM5,000, manakala taska di rumah RM1,500.

Menurut beliau lagi, Bantuan Khas kepada pengusaha taska melalui PEMULIH diperuntukkan RM7.37 juta memanfaatkan kepada 2,669 taska.

Tambahnya, setiap Taska Institusi, Taska Komuniti dan Taska di tempat kerja menerima RM3,000 manakala pengusaha taska di rumah mendapat RM800.

“Bagi penerima bantuan JKM sedia ada, beberapa inisiatif dilaksanakan bagi memastikan bantuan kepada rakyat khusus kepada golongan memerlukan sampai kepada mereka,”

“Antaranya ialah menaikkan kadar skim-skim bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Orang Tua (BOT), Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC), dan Bantuan Kanak-Kanak (BKK),” jelasnya.

“Bantuan OKU yang tidak berupaya bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan, bantuan orang tua dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan, bantuan OKU dan pesakit kronik terlantar dinaikkan kepada RM500.

“Sementara bantuan elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM450 dan bantuan kanak-kanak dinaikkan sehingga maksima RM1,000 untuk satu keluarga,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Dato’ Dr Sri Vell Paari Tun Samy Vellu, dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Vell Paari meminta kerajaan menyatakan apakah pembaharuan dari segi prosedur operasi standard (SOP) dan inisiatif-inisiatif yang telah dan akan diambil dalam memastikan segala bentuk bantuan kepada rakyat bagi menghadapi krisis Covid-19 melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sampai kepada golongan memerlukan.

Siti Zailah berkata, kerajaan juga akan mempercepatkan tarikh bayaran Bantuan Bulanan JKM sebelum 10 haribulan pada setiap awal bulan yang memanfaatkan kepada seramai 513,504 penerima bantuan di seluruh negara.

Selain itu, kerajaan melaksanakan Projek Rintis Bayaran Bantuan Kewangan Persekutuan Tanpa Tunai dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad.

“Program ini diperkenalkan bagi memberi peluang klien penerima bantuan JKM terlibat dalam ekonomi digital di samping memantapkan penyaluran bantuan kewangan melalui kaedah bayaran tanpa tunai,” katanya.

Berkaitan SOP pengurusan bantuan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, menurut Siti Zailah, pemohon digalakkan memohon bantuan secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Bantuan JKM di laman sesawang http://ebantuanjkm.jkm.gov.my.

Katanya, kaedah siasatan permohonan bantuan turut dipermudahkan secara temu bual melalui talian telefon dan berdasarkan maklumat telah diisi pemohon.

Selain itu, JKM juga mengecualikan proses kaji semula yang mana semua penerima bantuan bulanan tidak perlu menghantar borang kaji semula dan hadir ke PKMD untuk siasatan lanjut, tetapi permohonan disambung secara automatik. – HARAKAHDAILY 20/10/2021

- Advertisement -