Kes Covid-19 dunia lepasi 236 juta orang, 5 juta mati

- Advertisement -

AMMAN: Jumlah kes Covid-19 di dunia kini sudah melepasi 236 juta orang, manakala lima juta nyawa terkorban, menurut statistik terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.

- Advertisement -

Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan jumlah kematian mingguan menurun di paras terendah sejak 2020, ketika awal gelombang jangkitan kedua, selepas penurunan berterusan bermula akhir Ogos.

Jumlah vaksin yang diedarkan sehingga 4 Okt berjumlah 123 dos per 100 orang di Amerika Utara, berbanding hanya 11 dos di Afrika, menurut statistik itu.

Rata-rata penerima vaksin di separuh benua Afrika tidak melebihi dua peratus berbanding jumlah penduduk. – BERNAMA

- Advertisement -