Yakin rakyat terus sokong Kerajaan PN

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap kekal relevan dan terus disokong majoriti rakyat.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan PN jelas mengutama kebajikan rakyat dengan meluluskan pelbagai pakej bantuan ketika pandemik Covid-19 sekarang.

“Saya yakin rakyat terus menyokong kerajaan PN, di samping gandingan parti-parti gabungan sedia ada sekarang.

- Advertisement -

“Kerajaan PN memastikan kebajikan rakyat terjaga sehingga pelbagai bantuan dan peruntukan diberi antaranya Bantuan Prihatin Rakyat, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

“Dan yang terbaharu pula Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Jadi saya melihat kerajaan PN telah memberi yang terbaik kepda rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program myGAP Tanaman Bukan Makanan (myGAP.TBM) di Jabatan Pertanian Negeri di Lundang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia Dato’ Mohd Nasir Warris.

Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, era pemerintahan kerajaan PN lebih baik dibandingkan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya juga kerajaan PH sering memberi alasan tidak ada wang sehingga
jalan-jalan persekutuan di Kelantan tidak diselenggara dengan baik.

“Bagaimanapun selepas berlaku perubahan kerajaan, kerajaan terus menyalur peruntukan dan bantuan termasuk kepada rakyat sekaligus tiada lagi kedengaran kerajaan tiada duit,” katanya.

Mengulas lanjut berkenaan penarikan sokongan Umno terhadap kerajaan PN di peringkat persekutuan, katanya ia tidak memberi kesan kepada kerajaan Kelantan.

Dewan Undangan Negeri Kelantan mempunyai 7 Adun mewakili Umno dan seorang Bersatu. Manakala PAS mempunyai 37 Adun. – HARAKAHDAILY 4/8/2021

- Advertisement -