Belajar situasi pandemik tidak halang pelajar cemerlang

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

TUMPAT: Seramai 463 pelajar cemerlang dari sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan Kementerian Pendidikan di Parlimen Tumpat menerima saguhati daripada Ahli Parlimen Tumpat.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, Pusat Khidmat Parlimen Tumpat memperuntukkan sebanyak RM46,300 sebagai sumbangan kepada 463 pelajar.

- Advertisement -

Katanya pelajar berkenaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020.

“Pelajar terbabit seramai 131 orang dari Dun Pengkalan Kubor, Dun Pasir Pekan (122 orang), Wakaf Bharu (100) dan Kelaboran (110),” katanya pada penyampaian cenderahati pelajar cemerlang di sini semalam.

Program itu dianjurkan secara pandu lalu diadakan di perkarangan pejabat Pusat Khidmat Dun Pengkalan Kubor.

Turut hadir Adun Pengkalan Kubor, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Menurutnya juga saguhati itu diberi sebagai menghargai usaha pelajar terbabit yang tekun belajar dalam situasi penularan pandemik Covid-19 sekarang.

“Semoga dengan cara itu dapat mendorong semangat pelajar dan ibu bapa mereka untuk terus mencapai kecemerlangan setelah melanjut pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Kita berharap dapat melahirkan lebih ramai lagi pelajar cemerlang kerana mereka ini bakal pemimpin pada masa hadapan,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/8/2021

- Advertisement -