Vaksin tiada magnet atau mikrocip

- Advertisement -

VIRAL semula video yang mengaitkan badan lekat magnet atau besi selepas diberi vaksin. video itu sudah berlegar sejak bulan Mei lepas lagi. Kajian telah dinyatakan dalam webiste Fullfact bahawa, kejadian magnet atau besi yang melekat kepada badan itu adalah tidak berkaitan dengan vaksin.

- Advertisement -

1. Vaksin tidak mengandungi magnet. Dengan jumlah 0.3 – 0.5 mls itupun terlalu sedikit untuk mensabitkan vaksin dengan aruhan magnet dalam badan.

2. Saya yang terlibat di Pusat Pemberian Vaksin meneliti sendiri dalam botol itu jernih sahaja. Tiada pun bendasing yang dicampur. Andai kata tak nampak besi atau mikrocip bermagnet, kononnya ia bahan surih sekalipun, saya sudah uji dengan magnet, tak melekat!

2. Bahkan dakwaan yang mengatakan vaksin dimasukkan mikrocip pun mengarut. Dah banyak kali pakar-pakar isu nano teknologi berikan penjelasan bahawa bahan seperti itu belum dicipta lagi teknologi buat masa ini. Kos terlalu tinggi dan amat sukar sehingga ingin mencipta bahan bermagnet sehingga tidak nampak di mata kasar. Mikrocip yang terkecil setakat ini pun boleh nampak seperti pasir halus. Berikut adalah Pakar Nano-technology, Prof Dr Mohd Hanif Yaacob menerangkan berkaitan teknologi nano dan mikrochip: https://fb.watch/3DmHeWVe5O/

3. Terdapat segelintir manusia dalam dunia mempunyai keistimewaan luar biasa boleh melekat apa sahaja objek di badan mereka. Namanya magnetism. Ianya satu perkara biasa dan tidak membahayakan. Human Magnetism itu tiada kaitan dengan vaksin pun. Masyarakat boleh layari sendiri kejadian seperti ini sejak sekian lama. Boleh buat carian Human Magnetism.

4. Terdapat juga kumpulan yang cenderung kepada teori konspirasi cuba membuat manipulasi video bahawa badan penerima vaksin bermagnet. Mereka berbuat demikian semata-mata ingin membuktikan teori karut mereka selama ini. Bagi masyarakat yang tidak tahu asas sains akan mudah terpedaya. Akhirnya mengurangkan keyakinan mereka terhadap vaksin. Sedangkan vaksin telah pun diberikan seluruh dunia jutaan dos. Matlamat ingin keluar dari pandemik COVID-19 ini terbantut dengan sebaran video yang tidak mendatangkan faedah. Semoga kita tidak mudah terpengaruh dan ditipu.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 30/7/2021

Rujukan:
[1] Sarah Turnnidge. COVID-19 vaccines do not make you magnetic. Full Fact Org Online. May 14, 2021.[2] Gregory Ryckmans. Coronavirus vaccines do not make vaccinees’ arms magnetic. RTBF Online (Belgium). June 11, 2021.

Sumber Asal: https://www.facebook.com/546572572048737/posts/4259549670750990/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -