Perjalanan Sidang Parlimen Khas

- Advertisement -

BERMULA Jumaat lepas saya sudah berada di Kuala Lumpur. Dengan pelbagai saringan yang sangat ketat termasuk swab hampir setiap hari, ia menunjukkan Kerajaan PN sangat komited untuk mengadakan sidang khas kali ini dengan SOP yang sangat tinggi. Hari ini bermulanya hari pertama persidangan Khas Parlimen Penggal Ketiga (2021) Parlimen Keempat Belas.

Pada sidang kali ini kerajaan akan memberi penerangan berkaitan beberapa isu utama COVID-19. Isunya ialah:

- Advertisement -

1. Penerangan Perdana Menteri berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
2. Penerangan Menteri Kesihatan berkenaan Tindakan Menangani Pandemik COVID-19.
3. Penerangan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkenaan Program Vaksinasi.
4. Penerangan Menteri Kewangan berkaitan Pakej-pakej Bantuan Ekonomi.
5. Penerangan Timbalan Perdana Menteri berkenaan Pelaksanaan Darurat.

Mungkin ramai yang curiga mengenai kenapa hanya penerangan? Bukan Sidang Parlimen sebagaimana biasa. Sejarah menunjukkan sudah lima kali sesi Penerangan Menteri seperti ini berlaku di dalam Parlimen.

1. 2015 – Dana PRU.
2. 2016 – Kebakaran Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Johor.
3. 2017 – MH370
4. 2018 – Kuil Hindu Sri Maha Marayaman
5. 2019 – Batu Putih.

Kesemua sesi penerangan menteri di atas tidak dibahas berdasarkan petua oleh Speaker ketika itu dan ia menjadi ‘precedent case’ kepada semua sesi penerangan tersebut.

Namun perlu dijelaskan di sini bahawa persidangan khas kali ini dengan siri penerangan daripada menteri memberi peluang kepada setiap Ahli Parlimen bahawa ia boleh dibahas mengikut peraturan 100 iaitu berdasarkan budi bicara Speaker.

Saya sendiri telah diberi peluang untuk berbahas pada hari kedua iaitu semasa penerangan oleh YB Menteri Kesihatan berkenaan Tindakan Menangani COVID-19. Mungkin dalam kalangan sahabat sekalian mempunyai apa-apa cadangan, boleh berkongai di ruangan komen untuk saya selitkan dalam perbahasan nanti. 

Doakan yang terbaik untuk rakyat!

“Kerajaan Berjaya”
“Kerajaan Prihatin”

ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai – HARAKAHDAILY 26/7/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/191868030856665/posts/4445787258798033/

- Advertisement -