Bakul makanan dan bendera putih

- Advertisement -

PEMUDA Perikatan Nasional (PN) mengambil peduli kepada kemaslahatan rakyat yang dalam kesusahan dan terkesan sepanjang pandemik COVID-19 Fasa Pemulihan. Pemuda PN ingin memuji sikap profesional dan keprihatinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila dengan tuntas dan pantas, bermula hari ini, menyalur peruntukan tambahan sejumlah RM66.6 juta untuk RM300,000 nilai Bakul Makanan kepada setiap Ahli Parlimen tidak kira latar kecenderungan politik sama ada daripada blok kerajaan mahupun blok pembangkang menerusi PEMULIH. 

Untuk makluman, kerajaan telah menyediakan program dan mekanisme bantuan yang amat banyak, termasuk Program Bakul Makanan bernilai RM50 juta menerusi Pakej PERMAI seawal Januari lalu. Ini menjadikan jumlah terkumpul bagi program Bakul Makanan sahaja bernilai RM116.6 juta.

- Advertisement -

Dengan inisiatif tambahan ini, diharap wakil rakyat dapat mengurus dana ini dengan telus dan menyampaikan Bakul Makanan ini tanpa melalui agensi kerajaan. Rakyat juga dapat mohon segera pada wakil rakyat, selain dari agensi-agensi kerajaan yang sedia ada.

Dalam pada itu, Pemuda PN mengecam tindakan pihak-pihak tertentu terutama parti pembangkang yang cuba mencemar objektif gerakan Bendera Putih, dengan menanam elemen perpecahan dan kebencian pada kerajaan.

Walhal, ia hanya adalah gerakan sukarela bagi mempermudah identifikasi dan penyampian bantuan segera bagi individu dalam komuniti setempat yang ingin menolong antara satu sama lain. Pemuda PN di semua Parlimen akan terus menggerakkan sukarelawan untuk membantu menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, sama ada Bendera Putih diangkat atau tidak. 

Akhir sekali, Pemuda Perikatan Nasional menyeru seluruh rakyat bersatu padu, berdoa, kuatkan semangat dan yakin bahawa kita semua dapat kembali menjalani kehidupan dan norma biasa kelak melalui Pelan Pemulihan Negara. Pemuda PN bersama anda dalam masa yang sukar ini. 

“Bendera Malaysia”
“Kerajaan Prihatin”
“Menang Bersama”
“Kita Pasti Menang”
“Rakyat Bersama Muhyiddin”

YB SENATOR IR. TS. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 2/7/2021

- Advertisement -