Penjelasan UMMAH berhubung 440 NGO Islam sokong Darurat dikekalkan

- Advertisement -

HARAKAHDAILY mengambil maklum isu yang membabitkan NGO Multirational Reverted Muslim – MRM di bawah artikel bertajuk ‘440 NGO Islam sokong tempoh Darurat dikekalkan’ yang disiarkan di Harakahdaily pada 16 Jun 2021 iaitu pada hari Rabu.

Untuk makluman, Harakahdaily hanya menyiarkan kenyataan penuh yang dikongsikan NGO Gerakan Pembela UMMAH (UMMAH).

- Advertisement -

Harakahdaily menghubungi Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa menjelaskan senarai tersebut termasuk secara ralat.

“Berhubung isu senarai NGO ini, dia sebab ada bercampur daripada NGO luar yang diforward untuk sokongan.

“NGO UMMAH sendiri memang ada sekitar 200 lebih NGO yang menyokong. Jadi itu tidak timbul isu.

“Cumanya, ada 152 NGO yang diforward kepada kita untuk menyokong. Jadi kita dah masukkan NGO itu sekali terangkum (secara tidak sengaja) dengan NGO-NGO yang tidak berkaitan.

“Jadi kita dah betulkan balik senarai itu,” terang Mohd Zai yang dihubungi Harakahdaily. – HARAKAHDAILY 18/6/2021

- Advertisement -